Liverpool kukuhkan kedudukan di puncak EPL

Liverpool kukuhkan kedudukan di puncak EPL

LONDON: Liverpool mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas melakar kemenangan 4-1 ke atas Brentford di Stadium Gtech Community, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan The Reds mendahului dengan kelebihan lima mata di puncak EPL.

Penyerang Liverpool, Darwin Nunez membuka tirai jaringan pada minit ke-35 untuk mendahului babak pertama dengan 1-0.

Babak kedua menyaksikan tiga gol berjaya dihasilkan pelawat masing-masing menerusi Alexis Mac Allister, Mohamed Salah dan Cody Gakpo manakala gol tunggal tuan rumah diledak Ivan Toney.

Keputusan itu menyaksikan Liverpool mengumpul 57 mata dengan Manchester City di tangga kedua dan Arsenal di tempat ketiga, yang kedua-duanya boleh mengurangkan defisit masing-masing dengan 52 jika menang lewat pagi ini.

Brentford kekal di tangga ke-14 dengan 25 mata.-AFP