
Pelbagai tawaran hebat disediakan Loacker sempena ulang tahun ke-100 di pusat beli-belah 1Utama.
SHAH ALAM – Jenama wafer premium dari Itali, Loacker tampil dengan pelbagai aktiviti dan ganjaran eksklusif sempena sambutan ulang tahun ke-100 di pusat beli-belah 1Utama bermula 1 Julai hingga Ahad depan.
Timbalan Pengurus Besar GBA Corporation Sdn Bhd, Melissa Tan berkata, ulang tahun tersebut bukan sekadar meraikan sejarah produk itu tetapi juga penegasan janji untuk terus menyampaikan kebaikan semula jadi kepada generasi akan datang.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mengunjungi reruai Loacker di pusat beli-belah 1Utama.
“Melalui kempen itu, kami ingin membawa kegembiraan dan kelazatan berkualiti kepada keluarga Malaysia sambil kekal setia dengan warisan kami di pergunungan Alps Itali,” katanya.
Terdahulu, pengunjung boleh mencuba pengalaman menarik seperti stesen poskad WePostWeCare yang memberi peluang menghantar mesej peribadi ke seluruh dunia secara percuma serta menyertai permainan seperti Memory Flip, Interactive Hopscotch, dan Puzzle Challenge khas untuk kanak-kanak.

Salah satu produk Loacker, Quadratini
Latar belakang bertemakan 2D Dolomites turut disediakan untuk bergambar.
Peminat juga boleh menikmati produk eksklusif edisi acara seperti Napolitaner Crispy Spread, coklat Loackini dan Quadratini Matcha.
Antara ganjaran istimewa termasuk Loacker premium socks untuk pembelian minimum RM18 dan bagasi kabin Loacker edisi terhad untuk pembelian RM200 ke atas.

Loacker menawarkan pelbagai hadiah dan aktiviti menarik sempena ulang tahun ke-100 di pusat beli-belah 1Utama bermula 1 Julai hingga Ahad depan.
Pengunjung juga boleh mencuba nasib di Gashapon & Handwind Chamber bagi memenangi hadiah menarik seperti bantal, botol air dan puzzle.
Kerjasama istimewa bersama HWC Coffee turut memeriahkan acara itu, yang mana pembelian melebihi RM80 akan menerima kopi percuma.
Melalui penglibatan pempengaruh serta aktiviti kejutan di lokasi, kempen tersebut akan terus mengukuhkan hubungan mesra Loacker bersama pengguna Malaysia dalam meraikan 100 tahun penuh kebaikan semula jadi dengan cara ceria dan penuh bermakna sama seperti wafernya.

Pelbagai tawaran hebat disediakan Loacker sempena ulang tahun ke-100 di pusat beli-belah 1Utama.
Sambutan ulang tahun ke-100 Loacker juga mencerminkan visi jenama untuk masa depan.
Loacker terus melabur dalam sumber bahan lestari, pembungkusan mesra alam dan amalan pertanian beretika demi memastikan pilihan kebaikan boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.
Untuk informasi terkini, berita produk dan promosi eksklusif, ikuti Loacker Malaysia melalui Instagram @loacker_malaysia , Facebook Loacker Malaysia ataupun melayari laman web rasmi www.loacker.com.