GEORGE TOWN: Seorang pemandu lori membawa daging ayam beku maut selepas kenderaan dipandunya merempuh kereta dan terbabas ke dalam sungai di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Seberang Jaya.
Mayat mangsa yang identiti dan usia masih belum dikenal pasti, ditemui di dalam Sungai Derhaka, tidak jauh dari lokasi lori berkenaan terbabas.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, lori itu merempuh sebuah Proton Persona berhampiran Masjid Seberang Jaya arah selatan sebelum terbabas memasuki sungai dalam kejadian jam 1.30 petang itu.
Mayat mangsa hanya ditemui anggota bomba Balai Perai sekitar dua jam selepas kejadian, manakala pemandu kedua lori itu berjaya diselamatkan dari sungai berkenaan oleh orang ramai.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya Hospital untuk bedah siasat, manakala rakannya turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.