LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) menyemarakkan semangat Ramadan bukan sahaja di dalam stor tetapi juga dalam komuniti melalui inisiatif #KitakanJiran Juadah Pembawa Senyuman dengan berkongsi juadah iftar bersama penghantar gig di beberapa bandar seluruh negara.
Berteraskan nilai kemurahan hati, keprihatinan dan berkongsi rezeki, inisiatif yang juga sebahagian daripada kempen Senyuman Ekstra Bernilai ini melambangkan semangat Ramadan, waktu di mana komuniti berkumpul untuk saling menyokong antara satu sama lain.
Melalui pengagihan juadah iftar di sepuluh stor Lotus’s terpilih, sukarelawan berpeluang berinteraksi dengan penghantar gig yang menghabiskan masa panjang di jalan raya bagi memastikan barangan runcit dan keperluan harian sampai ke rumah pelanggan tepat pada masanya.

Sukarelawan Lotus’s #KitakanJiran dan Coke Buddies, bersama sukarelawan daripada rakan jenama Mondelez mengagihkan hidangan berbungkus dan barangan hadiah kepada penunggang penghantaran sekitar Lotus’s Ampang
Ketua Komunikasi dan Kelestarian Lotus’s Malaysia, Hanim Hamdan berkata, penghantar gig menyampaikan senyuman kepada begitu banyak rumah setiap hari, dan pada Ramadan ini, Lotus’s ingin menyampaikan senyuman kembali kepada mereka.
“Bagi kami, inisiatif ini adalah tentang menghidupkan semangat Senyuman Ekstra Bernilai dengan berkongsi rezeki bersama para penghantar yang bekerja keras tanpa jemu memastikan komuniti kita terus bergerak termasuk sepanjang bulan Ramadan.
“Dengan berganding bahu bersama sukarelawan dan rakan jenama untuk menyediakan serta mengagihkan juadah iftar, kami berharap dapat menzahirkan penghargaan dan mewujudkan detik-detik kecil kebaikan di sekitar stor kami,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Program bermula di Lotus’s Kota Bharu, di mana penghantar gig singgah di stor tersebut sebelum waktu berbuka puasa untuk menerima pek juadah yang disediakan segar.

Penunggang penghantaran senyum lebar selepas menerima hidangan iftar kejutan di Kelantan dan Pulau Pinang yang disediakan sukarelawan #KitakanJiran dan Coke Buddies
Inisiatif ini kemudiannya diteruskan di Pulau Pinang, dengan sesi tambahan di Lotus’s Penang E-Gate, Lotus’s Sungai Dua, Lotus’s Tanjung Pinang, Lotus’s Seberang Jaya dan Lotus’s Bagan Ajam sekali gus memperluaskan penghargaan kepada para penghantar yang berkhidmat kepada komuniti sekitar.
Pada Rabu, program Juadah Pembawa Senyuman diteruskan di sekitar Lembah Klang, di mana sukarelawan Lotus’s sekali lagi berganding tenaga menyediakan dan mengagihkan juadah iftar kepada penghantar gig yang sentiasa bergerak.
Secara keseluruhan, Lotus’s Malaysia telah menyumbangkan lebih daripada 1,400 pek makanan melalui inisiatif #KitakanJiran sepanjang Ramadan ini sekali gus membawa detik kecil keprihatinan dan penghargaan kepada mereka yang membantu memastikan komuniti terus berhubung.
Dalam pada itu, program memasak ini menghimpunkan lebih daripada 100 sukarelawan dari Ibu Pejabat Lotus’s dan 10 buah stor yang bekerjasama dengan rakan komuniti untuk menyediakan dan membungkus juadah.
Bagi ramai pekerja, aktiviti sukarelawan sepanjang Ramadan membawa makna yang lebih mendalam, memberi peluang untuk menabur bakti kepada masyarakat, mengamalkan sadaqah, serta mendekatkan diri dengan komuniti selaras dengan semangat sebenar musim perayaan ini.
Pada masa sama, tahun ini juga menandakan tahun kelima kerjasama antara Lotus’s Malaysia dan Food Aid Foundation.
“Sejak tahun 2022, kerjasama ini telah menyumbang lebih daripada 6,000 hidangan kepada komuniti yang memerlukan melalui pelbagai usaha bantuan komuniti.
“Inisiatif ini turut disokong oleh rakan jenama termasuk rakan minuman rasmi Coca-Cola, Nestlé, Mondelez, F&N dan All Kurma yang berkongsi komitmen Lotus’s untuk menyebarkan kebaikan sempena musim perayaan serta menyokong inisiatif komuniti yang bermakna sepanjang Ramadan dan Raya,” kata Hanim.
Inisiatif #KitakanJiran merupakan sebahagian daripada kempen Senyuman Ekstra Bernilai oleh Lotus’s Malaysia yang meraikan semangat memberi, kesyukuran dan kebersamaan sepanjang musim Ramadan dan Raya.
Kempen ini berlangsung di semua stor Lotus’s di seluruh negara sehingga 8 April 2026, menawarkan promosi perayaan sehingga 50 peratus diskaun bagi 4,500 SKU termasuk 2,500 barangan keperluan di bawah program Sumbangan Asas Rahmah.
Promosi ini membantu pelanggan membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih mudah sambil memastikan kegembiraan musim perayaan dapat dikongsi bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti lebih luas.
Ringkasan AI
- LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. melancarkan inisiatif #KitakanJiran Juadah Pembawa Senyuman untuk berkongsi juadah iftar dengan penghantar gig
- Inisiatif ini menekankan nilai kemurahan hati, keprihatinan dan berkongsi rezeki sempena Ramadan
- Pengagihan juadah iftar dilakukan di sepuluh stor Lotus’s terpilih kepada penghantar gig
- Lebih daripada 1,400 pek makanan disumbangkan melalui inisiatif #KitakanJiran sepanjang Ramadan
- Inisiatif ini sebahagian daripada kempen Senyuman Ekstra Bernilai yang meraikan semangat perayaan Ramadan dan Raya



