Luah kesal kenyataan sering diputar belit, netizen minta Mia Sara belajar BI lagi

Komen-komen yang dibuat oleh pelakon remaja, Mia Sara Nasuha, 17 bagi mempertahankan Puteri Balqis Azizi dari dikecam dilihat memakan diri selepas ayat yang digunakan seperti merendahkan didikan orang tua pelakon tersebut.

Disebabkan komen yang dibuat oleh Mia Sara, banyak pihak mula membuat provokasi kepadanya sehingga ayat kesilapan dalam penggunaan ayat disalah ertikan oleh netizen dan mencetuskan isu lain.

Susulan daripada itu, Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish telah mengeluarkan kenyataan dengan meluahkan rasa ralat diatas salah satu komen Mia Sara yang menulis tentang dirinya yang tidak mendapat didikan agama Islam sewajarnya.

Aqish juga berasa ralat kerana Mia Sara telah membuatkan lebih ramai orang mengutuk dirinya secara terang-terangan termasuk menghina ibunya yang dikatakan tidak memberi didikan yang baik.

Menjengah ke ruangan Twitter Mia, dia telah meninggalkan satu ciapan menzahirkan rasa kesal dengan sesetengah pihak yang senang-senang sahaja memanipulasikan ayat yang ditulis sehingga terlihat kesan negatif keatas kata-katanya.

Sehubungan dengan itu, netizen telah mulai meninggalkan komen dengan pelbagai pendapat berhubung isu tersebut.

Ada diantara mereka seakan mempertahankan tindakan Mia cuma ayat yang digunakan tidak tepat sehingga menyentuh hati pihak lain.

Ada juga yang meminta untuk Mia berhenti menulis sebarang komen dalam bahasa Inggeris kerana boleh jadi kesalahan tatabahasa dalam penggunaan ayat akan merubah maksud serta tujuan asal kenyataan yang ingin dikeluarkan.

 

Sumber: Twitter @MiaSaraNasuha, Instagram morosechild