Luah Rasa Berang, Netizen Dakwa Isteri Aliff Syukri Sindir Rebecca Nur Al Islam ‘Mencapap’? – “Tak Habis Kakak Iparku…”

Luah Rasa Berang, Netizen Dakwa Isteri Aliff Syukri Sindir Rebecca Nur Al Islam ‘Mencapap’? – “Tak Habis Kakak Iparku…”

Isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida dipercayai telah meluahkan rasa kesal terhadap pelakon, Rebecca Nur Al Islam.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun netizen mendakwa kenyataan tersebut ditujukan kepada Rebecca, yang merupakan adik ipar kepada ibu Aliff iaitu Bonda Rozita Ibrahim.

Kata Shahida, dia berang apabila individu tersebut didakwa sengaja meraih populariti dengan menulis ‘kakak ipar, adik ipar’ di setiap posting media sosial.

“Papa punya hal, saya yang kena sampai migraine. Letih mental dan fizikal tau. Yang laki macam ni, pekerja macam tu… nasib baik anak-anakku baik tak ada masalah.

“Lepastu ada pula orang yang suka ‘mencapap’, ambil kesempatan mencari publisiti murahan. Yang kat posting tak habis ‘adik ipar, kakak ipar’.. penat la,” katanya.

Dalam siaran langsung sama, Shahida turut mempertikaikan tindakan individu berkenaan yang seolah-olah melebihi tuan badan sendiri.

“Yang anak sendiri pun tak ada nak posting, yang dia pula sibuk nak posting dah kenapa. Empunya badan pun tak ada nak melebih-lebih. Mula-mula aku sabar, tapi makin lama aku geram.

“Pada saya satu dua kali tu okay. Tapi ni sampai tiga empat kali, kau nak apa sebenarnya. Walaupun aku menantu saja, tapi aku pun geram,” katanya.

@farin_rose

Mcm2 masalah yg mama kene hadap hari-hari sampi migrain. Dari datuk sampi la ke pekerja. Video credit : Shahidadherbs2 #dherbs #aliffsyukri #datinshahidadherbs #bondarozitaibrahim #ragam #publisitimurahan

♬ original sound – Lubuk Berkat Sehat – Lubuk Berkat Sehat

Scroll to Top