Luahan Anak Ketiga Abby Abadi Dan Norman Hakim Pula Jadi Perhatian | Oh! Artis – Oh! Media

Luahan Anak Ketiga Abby Abadi Dan Norman Hakim Pula Jadi Perhatian | Oh! Artis – Oh! Media

Oh! Artis

Luahan anak ketiga Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha dapat sokongan netizen.


Anak ketiga kepada selebriti terkenal Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Maria Danisha Hakim pula jadi perhatian. Ini selepas dia berkongsi satu luahan hati di TikTok tentang apa yang dilaluinya dan menyimpan perasaan itu seorang diri.

Hati yang diam simpan semuanya sendiri, takut jadi beban. Asyik cuba lagi dan lagi tanpa orang nampak.- Katanya.

Luahan itu cukup dekat dengan ramai orang, terutama mereka yang sering berusaha dalam diam tanpa penghargaan. Dalam masa sama, Maria turut menyentuh tentang perasaan menunggu seseorang menghargai usaha yang dilakukan. Namun, harapan itu tidak selalu menjadi kenyataan.

Tunggu ada yang perasan usaha tu, tapi bila masa tu akhirnya tiba, perhatian pergi ke tempat lain. Ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan dihargai.- Katanya.

Perkongsian itu buat ramai netizen tersentuh kerana situasi tersebut memang berlaku dalam kehidupan seharian.

Kejayaan besar Maria di sebalik diam

Sebelum ini, Maria Danisha telah mencipta pelbagai kejayaan membanggakan apabila mencatat keputusan cemerlang dalam akademik. Dia turut merangkul beberapa anugerah termasuk bagi subjek utama.

Selain itu, remaja berusia 18 tahun itu turut menerima Anugerah Prestasi Keseluruhan Terbaik, Anugerah Kepimpinan Ansor serta Anugerah Valedictorian. Ini membuktikan dirinya seimbang dari segi akademik dan kepimpinan.

Luahan tersebut akhirnya mendapat perhatian ramai yang tampil memberikan sokongan serta kata-kata semangat. Ramai bersetuju bahawa usaha yang dilakukan secara senyap tetap layak untuk dihargai.

Pssttt! Kadang-kadang kita rasa usaha kita tak dipandang, tapi percayalah setiap usaha tu tetap ada nilainya. Jangan berhenti hanya sebab orang tak nampak, sebab satu hari nanti hasil tu sendiri akan bercakap untuk korang.

Kredit:
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top