Luahan Cik B Undang Perhatian, Kagum DSV Bangkit Dari Kejatuhan Hingga Berjaya – “Kadang-Kadang Tak Percaya Saya Anak Dia”

Luahan Cik B Undang Perhatian, Kagum DSV Bangkit Dari Kejatuhan Hingga Berjaya – “Kadang-Kadang Tak Percaya Saya Anak Dia”

Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) iaitu Cik B mencuri perhatian ramai apabila meluahkan rasa kagum terhadap perjalanan hidup dan kejayaan ibunya yang dianggap luar biasa.

Menerusi satu perkongsian di media sosial, Cik B atau nama lengkapnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 20, mengakui ada ketikanya dia sendiri sukar mempercayai hakikat dirinya merupakan anak kepada tokoh usahawan terkenal itu.

“Kadang-kadang saya tak percaya saya anak Datuk Seri Vida.

“Seorang wanita yang bermula tanpa apa-apa, jatuh dan bangun berkali-kali, namun tidak pernah menyerah sehingga berjaya membina empayar besar dengan tangannya sendiri,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan reaksi positif yang memuji sikap matang Cik B.

Scroll to Top