Lubang benam: KM 78 Gua Musang-Lojing dibuka untuk kenderaan ringan

Lubang benam: KM 78 Gua Musang-Lojing dibuka untuk kenderaan ringan

am@hmetro.com.my

Gua Musang: Laluan di Kilometer (KM) 78 Gua Musang-Lojing berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, dibuka kepada kenderaan ringan bermula semalam.

Jalan terbabit yang ditutup susulan lubang benam itu dibuka sempena sambutan Aidilfitri jam 5 petang.

Jabatan Kerja Raya Gua Musang dalam kenyataan di Facebook berkata, laluan terbabit hanya dibuka kepada kenderaan ringan sahaja.

Katanya pemantauan berterusan akan dilakukan sepanjang pembukaan laluan sementara ini bagi memastikan keselamatan semua pengguna.

“Laluan ini dibuka secara dua hala sempena musim perayaan ini, sehingga dimaklumkan penutupannya semula.

“Laluan dari Lojing ke Gua Musang boleh menggunakan laluan sementara, manakala dari Gua Musang ke Lojing pengguna boleh menggunakan laluan sedia ada.

“Pengguna yang ingin melalui jalan ini diminta merancang perjalanan dan mematuhi arahan papan tanda yang disediakan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top