Luna Maya Terima Lamaran Maxime Bouttier, Menanti Hari Hidup Bersama

Luna Maya Terima Lamaran Maxime Bouttier, Menanti Hari Hidup Bersama

Pelakon, Luna Maya kini sah menjadi ‘tunangan’ aktor, Maxime Bouttier selepas jejaka tersebut melamarnyq untuk menjadi pasangan hidup ketika mereka bercuti di Jepun.

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh aktres itu menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya pada Isnin.

“Dengan hati yang penuh cinta, aku bilang ya. Untukmu, untuk perjalanan indah yang kita tulis bersama ini, untuk selamanya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian itu juga, Luna turut menunjukkan cincin berlian yang sudah tersarung di jari manisnya.


Sekadar info, kisah hubungan cinta antara Luna dan Maxime mula menjadi sorotan peminat sekitar tahun 2023.

Namun begitu, pasangan ini berdiam diri dan enggan mengulas lanjut mengenai hubungan sebenar mereka kerana jurang perbezaan umur.

Scroll to Top