“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

“Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Jobling Tampil Pertahankan Diri

Ibu kepada pelakon Anna Jobling, Ariz Arop, tampil mempertahankan diri susulan pendedahan yang dibuat oleh peguam anaknya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, pada Selasa.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ariz menafikan dakwaan bahawa dia mengamuk selepas Anna dibawa keluar dari kereta pacuan empat roda oleh peguamnya.

“Elok saja keluar dari kereta, lepas itu kunci mak dalam kereta. Kau orang ada dengar ke kami menjerit-jerit, ada ke macam trauma histeria ke? Tiada.

“Mereka bawa anak saya keluar, perlahan-lahan berjalan keluar dan ada ke dengar menjerit-jerit masa mereka bawa dia keluar itu? Pun takda,” katanya.

Bagaimanapun, Ariz juga dilihat meninggalkan kenyataan berbaur sarkastik terhadap anaknya itu.

“Terlupa, anak saya pelakon,” tulisnya.

Dalam masa sama, ibu kepada pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu turut memuat naik video memaparkan dirinya terkunci di dalam kereta selepas Anna dibawa keluar.

“Dengar baik-baik. Bunyi kereta dikunci dari luar. Yang tanya kenapa tidak buka tingkap, lihat sendiri enjin mati mana boleh boleh buka.

“Boleh dengar dengan jelas bunyi terkunci,” jelasnya.

Sebelum ini, peguam Anna menafikan pihaknya menghalau Ariz, malah menegaskan kereta tersebut masih boleh dibuka dari bahagian dalam.

ARTIKEL BERKAITAN:Peguam Anna Jobling Dedah Kronologi Dakwaan Ibu ‘Dikunci’ Dalam Kereta

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Dakwa Anna Jobling Hanya Benar Jumpa Dalam Jarak 100 Meter – “Dia Hantar Injunksi Sebab Tak Tahan Kena Puk*l, Saya Hanya Mahu Mengajar Anak”

ARTIKEL BERKAITAN:Sanggup Bergadai Demi Anak, Ibu Anna Jobling Rasa Terhina Dakwa Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’?

ARTIKEL BERKAITAN:Hantaran Di Balai Polis Cetus Persoalan… Ibu & Anna Jobling Bergaduh, Terima Perintah Injunksi?

Konflik antara dua beranak ini mula menyorot perhatian ramai selepas Ariz memuat naik perkongsian di balai polis selain berkongsi foto tangannya yang kelihatan kemerahan dipercayai akibat mengetuk cermin pintu kereta selepas dikunci dari dalam.

Lebih menyedihkan, Ariz pernah menuduh dirinya dilayan seperti ‘anjing kurap’ oleh anak sendiri.

Difahamkan, perintah injunksi tersebut difailkan selepas Anna mendakwa ibunya sering berkelakuan kasar dan memukulnya.

Scroll to Top