Takut kantoi punya pasal, seorang lelaki berumur 30-an sanggup memanjat siling rumah untuk bersembunyi selepas diserbu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Perkongsian ini dibuat penguatkuasa JAINJ sendiri menerusi satu hantaran di Facebook. Jelasnya, kejadian berlaku di Kluang Johor kira-kira jam 11 malam.
BACA: Suami Orang Kantoi Bermadu Kasih Dengan Janda Separuh Abad Di Hotel
Pihaknya mengetuk pintu rumah selama hampir 45 minit, namun penghuni enggan memberi kerjasama.
Tidak lama kemudian, seorang wanita akhirnya membuka pintu dan mendakwa tinggal seorang diri.
Panjat siling cari lelaki misteri

Pada awalnya, pemeriksaan di tiga bilik, ruang tamu, dapur dan tandas tidak menemui sesiapa. Namun penguatkuasa tetap mengesyaki kehadiran lelaki di rumah tersebut.
Lebih menguatkan lagi sangkaan apabila wanita itu kelihatan gelisah dan seperti menyembunyikan sesuatu.
Pemeriksaan lanjut menemui sebuah tangga dan lubang di siling rumah. Seorang penguatkuasa memanjat ke syiling dengan membawa lampu suluh dan menemui seorang lelaki berbaju t-shirt cerah serta berseluar hitam sedang menyorok.
Lelaki tersebut akhirnya turun menggunakan tangga dan mengakui sudah berkahwin serta mempunyai dua anak.
Manakala wanita itu juga mempunyai suami dan tiga anak. Pada waktu tangkapan, suami dan anak-anak wanita tiada di rumah.
Skandal ‘parking’ motor di restoran, isteri orang datang ambil

Difahamkan, lelaki berkenaan menaiki motosikal dari rumahnya dan meletakkan kenderaan di kedai makan sejauh 4 kilometer dari lokasi, sebelum wanita itu menjemputnya menaiki kereta untuk masuk ke rumah secara rahsia. Namun, rencana mereka tetap terbongkar.
Pasangan tersebut kini berdepan pertuduhan khalwat dan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pssttt! Bila dah berniat nak buat salah, sebesar mana pun perancangan tetap ada ruang untuk terbongkar. Perbuatan sebegini bukan sahaja memalukan diri, malah mengkhianati keluarga sendiri.
Kredit: Penguatkuasa JAINJ 2025
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




