“Maaf Kalau Hal Aku Terpalit Korang” – Bercerai Talak Satu, Shuk Sahar Akhirnya Buka Mulut | Oh! Media

“Maaf Kalau Hal Aku Terpalit Korang” – Bercerai Talak Satu, Shuk Sahar Akhirnya Buka Mulut | Oh! Media

Ketika melalui fasa sukar dalam rumah tangga, pelawak dan pengacara popular, Shuk Sahar tetap tenang dan tidak lupa untuk meluahkan rasa syukur atas kehadiran sahabat yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

BACA: “Dasar Pengecut” – Fara Salleh Dedah Shuk Sahar Ceraikan Dirinya Melalui Telefon Di Siam

Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar menyatakan penghargaan kepada kumpulan podcast Lepak Bapak yang sentiasa memberikan sokongan moral sepanjang dia diuji dengan kemelut rumah tangganya bersama isteri, Fara Salleh.

Shuk Sahar minta maaf

Kenyataan itu dimuat naik Shuk menerusi ruangan komen perkongsian Lepak Bapak di Instagram yang mempertahankan Shuk dalam isu rumahtangganya.

shuk sahar

Terdahulu, menerusi Instagram Lepak Bapak, dua orang wakil mereka tampil menjelaskan situasi sebenar selepas nama podcast tersebut turut terpalit dalam isu rumah tangga Shuk.

Sahabat tampil pertahan dan kongsi realiti kehidupan Shuk

Salah seorang daripada mereka, Feroz, berkongsi bagaimana dia menyaksikan sendiri usaha keras Shuk mencari rezeki buat keluarga, terutamanya sepanjang bulan Ramadan.

Bagi pihak kami, apa yang kami nampak sepanjang bulan Ramadan bagaimana gigihnya dia ke sana ke sini menguruskan perniagaan sampai 2 hingga 3 pagi jual minyak wangi. Sebelum Ramadan lagi, kami sudah lihat betapa gigihnya dia bekerja sampai malam, extra recording podcast lagi sebab nak cari duit untuk trip ke Eropah dan pembedahan isterinya.

Feroz turut menasihati Shuk supaya terus tabah menghadapi segala cabaran dan meyakinkan bahawa mereka sentiasa ada untuk membantu jika diperlukan.

Terdahulu, isu rumahtangga Shuk hangat diperkatakan apabila isterinya Fara Salleh menuduh Shuk mengabaikan dirinya dan bayi di dalam kandungan.

Fara mendesak Shuk menceraikan dirinya dan semalam Shuk akhirnya melafazkan cerai talak satu menerusi satu panggilan yang dibuat di Thailand.

Kredit: Instagram Lepak Bapak
Baca reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top