Oh! Artis
Sabronzo Dolla dikecam gara-gara pakaian seksi dalam video menari lagu Mwa. Dah macam artis Korea.
Baru-baru ini, nama ahli kumpulan Dolla, Sabronzo sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik satu video yang menampilkan dirinya menari lagu terbaru mereka berjudul Mwa.
Namun, bukan tarian atau lagu yang jadi bualan, sebaliknya penampilannya yang dikatakan terlalu seksi mengundang pelbagai reaksi kurang senang.
Sabronzo buat netizen terkedu
Dalam video tersebut, Sabronzo tampil mengenakan pakaian berwarna hitam yang menjolok mata dan menari di sebuah lokasi tertutup.
Walaupun gaya persembahannya dikatakan bertenaga dan penuh keyakinan, namun ramai netizen tidak dapat menerima cara pemakaiannya yang dianggap keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya tempatan.
“Ni Malaysia ke Korea?” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial mempersoalkan bagaimana persembahan sebegitu boleh diterima di negara ini sedangkan artis terdahulu seperti Faizal Tahir pernah dikenakan tindakan hanya kerana membuka baju di atas pentas.

Ada juga yang membandingkan situasi sekarang dengan era rocker lama yang sering ditegur hanya kerana berambut panjang.
Seksi macam ni boleh pula kerajaan biarkan. Takde pula ambil tindakan. Dulu rockers rambut panjang habis kena gunting.
Lebih menarik perhatian apabila ada yang menyindir tindakan Sabronzo yang disifatkan cuba meniru artis-artis Korea dengan menampakkan tubuh untuk kelihatan lebih ‘trendy’.
Dolla ni sangat try hard nak jadi macam Korea. Sampai baju pun dah macam tak pakai.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir yang memuji lagu dan kualiti persembahan kumpulan Dolla, namun tetap menasihatkan supaya kurangkan elemen yang terlalu terdedah dalam persembahan.
Pssttt! Zaman sekarang ramai artis yang berjaya tanpa perlu menayangkan tubuh badan. Cukuplah dengan vokal mantap dan persembahan berkualiti, pasti akan tetap disanjung peminat!
Kredit: Instagram Sabronzo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.