”Macam Orang Takde Ilmu, Cakap Berbelit” – Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi ‘Sembang Kari’ | Oh! Media

”Macam Orang Takde Ilmu, Cakap Berbelit” – Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi ‘Sembang Kari’ | Oh! Media

Sebelum ini kami melaporkan yang pelakon Hafidz Roshdi dibenarkan mendapat hak lawatan interim terhadap dua anaknya, Humairah dan Umar, sepanjang cuti sekolah selama dua minggu bermula 29 Mei hingga 9 Jun ini.

Terbaru! Menerusi Instagram, Shuhada seperti menafikan kenyataan Hafidz Roshdi yang didakwa memutar belitkan perkara sebenar.

Dia punya twist tu, macam orang takdak ilmu, cakap berbelit, interim dekat respondent pertama, aku orang respondent pertama.

Dah la hak raya ke apa semua tak dapat, sembang kari apa entah, anak anak sekolah dekat Australia, cuti sekolah sini lah, nak jumpa sila datang sini.

Menurut laporan Kosmo sebelum ini, Shuhada yang kini berada di Australia wajib membawa pulang anak-anak ke Malaysia untuk menyerahkan mereka kepada Hafidz seperti diperintahkan mahkamah. 

Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil terhadapnya.

Malah, peguam juga memaklumkan bahawa pihak Shuhada telah dimaklumkan mengenai prosiding hari ini, namun tiada peguam baru dilantik dan dia sendiri tidak hadir ke mahkamah.

Aduh! Pening. Mana satu yang betul ni? Apapun, semoga dipermudahkan segala urusan mereka untuk anak-anak mereka.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Scroll to Top