Madammu Bengang Diminta Ulas Isu Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Tegur Netizen Jangan Suka Menyibuk Hal Peribadi Orang Lain –  “Jangan Ghairah Dengan Kesedihan Orang, Tengok Suami Sendiri”

Madammu Bengang Diminta Ulas Isu Rumah Tangga Fattah Amin & Fazura, Tegur Netizen Jangan Suka Menyibuk Hal Peribadi Orang Lain –  “Jangan Ghairah Dengan Kesedihan Orang, Tengok Suami Sendiri”

Usahawan kosmetik, Madammu tampil menegur segelintir netizen yang masih belum ‘move on’ dengan kisah perceraian selebriti tanah air,  Fattah Amin dan Fazura.

Katanya menerusi video tular yang dikongsikan di platform TikTok, isu perceraian rumah tangga orang lain tidak perlu dihebohkan apatah lagi ia merupakan cerita yang tidak bagus.

Malah, hanya pasangan suami isteri sahaja yang tahu mengenai masalah yang dihadapi kedua-duanya sehingga mengambil keputusan untuk berpisah.

“Ada komen tak pasal perceraian Fazura? Kenapa nak kena komen? Itu kan rumah tangga dia. Kenapa kita nak kena ulas pasal rumah tangga orang? Lagi-lagi tentang perceraian?

“You guys, itu kan cerita rumah tangga orang dan cerita itu adalah cerita yang tak bagus. Perceraian. Siapa je yang nak kan perceraian? Tak ada orang yang nak perceraian.  Itu kan kasut mereka? Kita tak pakai pun kasut tu. Kita tak tahu pun rasa apa dekat dalam kasut tu.Kita cuma tengok daripada luaran sahaja. Kita tak pakai, tak rasa sakit ke? ketat ke? longgar ke? Hanya mereka berdua je yang memakai kasut tu.

“So, sebagai peminat Fazura dan Fattah Amin, janganlah bila Fazura dah explain then you pergi panggil pula makcik-makcik hanya kerana nak bergosip. Jangan!,” katanya.

Fattah Amin

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Madammu atau nama penuhnya, Eriyca Baiduri meminta agar netizen di luar sana berhati-hati ketika mengeluarkan perkataan atau komen terhadap kesedihan yang dilalui orang lain.

Bahkan, berharap agar sentiasa mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

“Kita tak tahu esok apa yang menanti kita. Lagi-lagi mereka yang dah ada rumah tangga tu. Hati-hati bila bercakap. Sebab apa yang kita cakap adalah doa untuk kita. Cukup kita dah tahu mereka sudah bercerai kita doakan yang terbaik. Mungkin apa yang jadi adalah yan terbaik untuk kedua-duanya. Tak perlulah kita ulas. Kita dengar, kita tengok. Ini ada yang siap menambah cerita, siapa kita? Duduk dalam satu rumah pun tak, jiran sebelah rumah pun tak, berhentilah ya! Tak baik.

“Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Jangan rasa seronok, jangan rasa alpa, jangan rasa ghairah  dengan kesedihan orang lain. Jangan keterlaluan. Kita pun ada rumah tangga, kita pun ada suami jadi tengok suami kita. Benda macam ni tak baik. Kalau perkahwinan kita nak hebahkan boleh tapi ni kan perceraian sebagai artis dia kena menjawab kalau tak jawab macam -macam spekulasi lagi akan timbul  jadi bila dia dah jawab tu sudahlah, diam,” jelasnya.

Terdahulu, pada 7 Oktober lalu, Fazura mendedahkan antara punca perceraian terhadap bekas suaminya, Fattah Amin adalah isu kecurangan.

Selain itu, Fattah juga didakwa telah mengabaikan nafkah selama dua tahun termasuklah tidak memberikan duit raya kepadanya dan anak tunggal mereka.

Imbas kembali, status rumah tangga pasangan terbabit didakwa bergolak selepas timbul kontroversi yang mengatakan wujud orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Scroll to Top