Kecoh dakwaan mengatakan Madani Mart ‘ciplak’ Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Dakwaan ini membuatkan kerajaan tampil beri penjelasan tegas bahawa konsep yang dibawa kali ini sebenarnya berbeza sepenuhnya.
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, model Madani Mart bukan sahaja baru, malah tidak melibatkan sebarang peruntukan modal daripada kerajaan.
Madani Mart guna model berbeza banding KR1M

Kalau korang ingat, KR1M sebelum ini menggunakan dana kerajaan untuk beroperasi. Tapi untuk Madani Mart, situasinya memang lain terus.
Tak mungkin ciplak sebab dalam model terdahulu (KR1M), kerajaan keluar modal. Kerajaan bayar capex, kerja ubah suai, inventori, beli stok.- Katanya.
Fuziah turut menjelaskan bahawa untuk Madani Mart, kerajaan langsung tidak mengeluarkan sebarang modal, termasuk kos pembukaan atau stok barangan.
Tapi di sini, kerajaan tak keluar modal, kerajaan satu sen pun tak keluar modal, jadi lainlah modelnya. Ia bukan juga konsep francais kerana kalau francais, ia mengikat 100 peratus, tapi model ini fleksibel.- Katanya.
Pelancaran cawangan pertama Madani Mart di Kuantan

Cawangan pertama Madani Mart telah dibuka di Indera Mahkota, Kuantan dan turut dirasmikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Majlis tersebut juga disertai Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dengan Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit meninjau operasi kedai tersebut.
Menariknya, Madani Mart ini dikendalikan oleh Yayasan Madani dan mempunyai sasaran besar untuk diperluaskan ke seluruh negara. Kerajaan mensasarkan sehingga 640 cawangan Madani Mart akan dibuka secara berperingkat dalam masa akan datang.
Pssttt! Apa pun korang, bila ada inisiatif baru macam Madani Mart ni, penting untuk kita faham dulu konsep dia sebelum terus buat spekulasi. Harapnya model baru ni betul-betul dapat bantu rakyat dan tak ulang kesilapan lama.
Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




