Madrid rancang 'jualan ramah', Camavinga antara 6 pemain bakal dilelong

Madrid rancang 'jualan ramah', Camavinga antara 6 pemain bakal dilelong

Madrid: Gergasi Sepanyol, Real Madrid dilaporkan bersedia melakukan rombakan besar-besaran musim panas ini dengan sehingga enam pemain utama berpotensi dilepaskan.

Antara nama yang mengejutkan ialah pemain tengah muda Perancis, Eduardo Camavinga, yang dikatakan tidak lagi menjadi pilihan utama dalam perancangan kelab.

Menurut laporan, Real Madrid bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran yang sesuai bagi pemain berusia 23 tahun itu, dengan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris dikaitkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Camavinga dilaporkan bergelut mendapatkan minit permainan konsisten musim ini susulan persaingan sengit di bahagian tengah yang turut dibarisi pemain seperti Jude Bellingham dan Aurelien Tchouameni.

Selain Camavinga, beberapa pemain lain turut dikaitkan dengan pintu keluar termasuk pertahanan berpengalaman seperti David Alaba dan Antonio Rudiger, selain Dani Carvajal serta bek kiri Ferland Mendy dan Fran Garcia.

Langkah drastik itu dikatakan berpunca daripada prestasi tidak konsisten pasukan sepanjang musim ini, sekali gus memaksa pengurusan merancang pembentukan semula skuad bagi kekal kompetitif di pentas domestik dan Eropah.

Sekiranya rombakan itu menjadi kenyataan, ia bakal menandakan berakhirnya era beberapa tonggak utama selain membuka ruang kepada kemasukan pemain baharu menjelang musim depan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top