MADRID: Real Madrid merancang pembelian besar musim panas ini yang terbukti penting untuk masa depan kelab berkenaan ketika mereka dikatakan akan cuba mendapatkan Kylian Mbappe dan Erling Haaland.
Madrid melalui musim tidak menentu di Sepanyol dengan mereka kini ketiga LaLiga namun berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam dua kempen terakhir dan akan berdepan Liverpool bulan depan.
Kelab berkenaan terdesak untuk dimahkotakan sekali lagi selaku Raja Eropah dan Marca melaporkan mereka kini bersedia membelanjakan wang yang besar untuk mendapatkan Mbappe dan Haaland bagi meralisasikan hasrat itu.
Penerbitan itu juga melaporkan usaha mendapatkan kembali pemenang lima kali Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo bukanlah satu pilihan.
Masa depan Ronaldo di Juventus masih belum jelas selepas laporan mengaitkan dia akan berpindah selepas kritikan teruk diterima di Itali.
Satu daripadanya ialah kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada Porto bulan lalu.
Bagaimanapun gergasi Sepanyol itu tampak cuba mendapatkan kembali bintang Portugal berusia 36 tahun itu. – AGENSI
© New Straits Times Press (M) Bhd




