Magis Go Sharp Go Raya, buat kediaman lebih selesa & futuristik di Syawal 2022!

Magis Go Sharp Go Raya, buat kediaman lebih selesa & futuristik di Syawal 2022!

Lambat lagi nak menjelang bulan Syawal, tapi dah berkumandang lagu-lagu raya terutamanya di media sosial. Fuhhh, lain macam rakyat Malaysia nak beraya tahun ni.

Al-maklumlah, dah dua kali Aidilfitril kita semua terpaksa berkorban dan beraya diperantauan. Hanya mampu menzahirkan salam dan minta maaf menerusi video call je, kan?

Ehhh semua tu kenangan lepas, tahun ni mestilah fe-feling raya lagi syok!

Berkat pengorbanan kita sejak dua tahun lalu, Syawal tahun ini kita boleh beraya tanpa halangan! Boleh balik kampung dan saling kunjung mengunjung tanpa batas.

Ehmmmm, tapi masih kena jaga SOP dengan kawalan kendiri ye!

Dah alang-alang boleh saling kunjung mengunjungi rumah ke rumah, jom raya tahun ni korang buat sentuhan magis sikit dekat rumah korang.

Disebabkan keghairahan kita semua untuk menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah pada tahun ni, Sharp Malaysia telah melancarkan siri New Norm Living Products bersempena Go Sharp Go Raya.

Lagi best, kalau beli barangan siri New Norm Living Products korang layak menerima produk Futurelab secara percuma!

Barang-barangan ni memang sesuai untuk semua golongan yang mahu mengamalkan gaya hidup norma baharu ekoran peralihan fasa pasca-endemik.

Bagi yang tertanya-tanya, barangan siri New Norm Living Products  terdiri dari empat komponen utama iaitu barangan hiburan, barang keperluan dapur, barang keperluan penjagaan udara dan barang keperluan pembersihan.

Tak dinafikan, sekarang lebih ramai memilih untuk menonton drama dan filem menerusi TV dari berkunjung ke pawagam. Jadi, Sharp mengambil peluang ini dengan melancarkan Sharp AQUOS THE SCENES 4K Android TV terbaharu!

Paling syok, korang boleh layan pelbagai perkhidmatan penstriman TV seperti Netflix, Disney Plus atau memuat turun aplikasi dan permainan kegemaran di Google Play. Memang sangat puas sebab skrin yang besar dan mudah diakses menerusi TV Android.

 

Tak payah risau kalau nak simpan stok makanan dan barang basah sebab Sharp dah memudahkan kita semua! Peti Sejuk 2 Pintu Pelican Sharp sangat sesuai dengan masalah yang membelenggu hampir kesemua isi rumah.

Ruangan yang besar dan luas, memang sesuai sangat nak letak macam-macam stok makanan!

Kalau nak panaskan lauk yang disimpan dalam peti sejuk, boleh lah gunakan Mechanical Dial Flatbed Microwave Oven ni! Dijamin sangat mesra pengguna dan mudah untuk dibersihkan.

Set penjagaan udara dari Sharp ni memang wajib ada dalam rumah korang. Barangan siri New Norm Living Products bagi set ini didatangkan bersama Plasmacluster Air Purifier Sharp dengan AIoT yang mampu mengurangkan penyebaran Novel Coronavirus (Sars-COV-2) sebanyak 99.7% dan Covid-19 Alpha Variant sebanyak 99.4%

Manakala, penyaman udara Sharp J-Tech Inverter Plasmacluster dengan AIoT  berserta teknologi ion Plasmacluster yang terbukti mampu membersihkan udara daripada virus bawaan udara dan alergen.

Barulah keselamatan tuan rumah dan tetamu lebih terjamin masa kunjung-mengunjung di hari raya nanti.

Pakaian kotor, sarung bantal, cadar dan macam-macam fabrik korang boleh cuci dengan menggunakan Pro-Flex Front Load Washer Dryer Sharp.

Mesin basuh Sharp kali ini menampilkan teknologi canggih yang mampu menghapuskan kuman serta bakteria dalam masa 10 minit sahaja!

 

Dalam keghairahan kita nak menyambut Syawal 2022 dengan sangat meriah, kita semua tetap perlu menjaga keselesaan dan keselamatan orang sekeliling.

Tunggu apa lagi, Go Sharp Go Raya lah~ Untuk sebarang makluman lanjut, boleh pergi ke https://www.cocorolife.my/greatestdeals ataupun layari Facebook rasmi Sharp!

Malas nak keluar rumah? Order online pun boleh! Tempah barangan Sharp pilihan hati korang menerusi Lazada ataupun Shopee.