Mahasiswa Law Jom Ke Angkasa? Pertandingan Moot Court Perundangan Angkasa 2025 Dah Buka!

Mahasiswa Law Jom Ke Angkasa? Pertandingan Moot Court Perundangan Angkasa 2025 Dah Buka!

Bila sebut pasal angkasa, yang terbayang mesti roket, astronaut, dan NASA. Tapi siapa sangka, undang-undang pun ada peranan besar kat sana?

Untuk yang belum tahu, Pertandingan Moot Perundangan Angkasa (PMPA) 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama USIM dan Yayasan Inovasi Malaysia bakal berlangsung hujung tahun ni dan serius, game changer untuk pelajar undang-undang yang nak teroka bidang out of this world.

Apa yang menariknya ini bukan sekadar debat kosong. PMPA 2025 adalah platform moot court penuh gaya, berasaskan isu-isu sebenar dan hipotetikal berkaitan undang-undang angkasa. Fokus dia adalah mengenai Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 [Akta 834] dan segala hal berkaitan triti PBB yang relevan.

Paling gempak, ia bukan sekadar menang trofi tapi peluang untuk jadi antara barisan pertama peguam angkasa Malaysia. Sounds cool, kan?

YB Chang Lih Kang sendiri kata, ini medan latihan sebenar untuk generasi muda berani dan berwawasan. Sambil sharpen skill berhujah, peserta juga akan didedahkan dengan cabaran sebenar industri angkasa global.

Kalau korang pelajar undang-undang dan teringin nak cipta kelainan, inilah masanya. PMPA 2025 akan berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2025 di USIM. Info penuh dan syarat penyertaan boleh tengok dekat SINI.


Scroll to Top