Mahasiswa UMS Anjur #JusticeForZara Ditahan Akta Hasutan

Mahasiswa UMS Anjur #JusticeForZara Ditahan Akta Hasutan

Oh! Tidak

Mahasiswa UMS ditahan bawah Akta Hasutan selepas anjur solidariti Justice For Zara, bebas 5 jam kemudian.


Baru-baru ini kecoh di media sosial bila seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Abdul Qayyum, dikatakan ditahan pihak berkuasa bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Penahanan tu berlaku di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada malam 22 Ogos lalu.

Berita ini mula tersebar selepas rakan terdekatnya sendiri tampil memaklumkan kejadian tersebut. Ramai yang terkejut, lebih-lebih lagi bila tahu ia ada kaitan dengan himpunan solidariti #JusticeForZara.

Penganjur himpunan #JusticeForZara…

Zara Qairina

Untuk korang yang mungkin terlepas, Abdul Qayyum sebenarnya adalah antara penganjur himpunan pertama Justice For Zara di Gaya Street. Dari situlah, gerakan solidariti ini makin besar sampai jadi perhatian seluruh negara.

Tak hairanlah bila penahanan Qayyum ni cepat menarik perhatian netizen. Rata-rata komen yang muncul di media sosial menunjukkan sokongan padu pada mahasiswa ni.

Kebanyakan netizen sepakat kata Qayyum tak perlu takut dengan apa yang berlaku. Ramai janji akan terus berdiri di belakangnya. Kata mereka, perjuangan yang dibawa tak sepatutnya dipatahkan dengan ugutan atau tekanan macam ni.

Sokongan yang membanjiri media sosial tu jelas tunjukkan yang masyarakat semakin sedar dan prihatin dengan isu ni.

Dibebaskan selepas 5 jam ditahan polis…

Zara Qairina

Namun begitu, tak lama selepas berita penahanan tu jadi hangat, Qayyum akhirnya dibebaskan juga. Difahamkan dia hanya berada dalam tahanan selama hampir 5 jam sebelum pihak berkuasa melepaskannya.

Walaupun sekejap, penahanan ini dah cukup untuk buat ramai tertanya-tanya dan bimbang dengan keadaan mahasiswa berkenaan.

Pssttt! Apa yang berlaku ni jadi pengajaran untuk kita semua. Dalam perjuangan, akan ada cabaran yang datang dari pelbagai arah. Korang jangan cepat gentar bila berdepan dugaan, sebaliknya gunakan suara dengan cara yang betul dan bijak. Oh! Media percaya, selagi perjuangan itu ikhlas dan untuk kebaikan bersama, akan sentiasa ada sokongan dari orang ramai.

Kredit: Tawau Kini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top