Pelakon Rita Rudaini dilihat tampil menyenaraikan perkara yang didakwa telah diabaikan dan tidak pernah ditanggung oleh bekas suaminya, Aidil Zafuan.
Menerusi perkongsian di Threads, difahamkan Rita meninggalkan komen berkenaan susulan dakwaan seorang netizen yang mendakwa Aidil tidak pernah menculas membayar nafkah.
BACA: “Apa Rasa Makan Duit Yang Bukan Hak Kita? Sedap Ke?”

“Arwah tu dengan kawan dia atau orang yang tak kenal dia, bolehlah dia kencing lencun…minta beritahu dia tak pernah tanggung tadila, sekolah, insurans, perubatan sakit demam, baju raya, duit belanja raya dan tempat tinggal anak-anak,” tulisnya.
Sementara itu, Rita turut mendakwa Aidil tidak pernah datang menjenguk anak-anak mereka termasuk tidak pernah menghubungi mereka.
“Bercerita saya tak bagi jumpa anak bagai, masa kecil-kecil mahkamah bagi kebenaran seminggu sekali datang tengok anak kenapa tak datang? Telefon pun tidak. Banyak nak cerita cuma arwah jangan nafikan,” katanya.




