Mahkamah Perintah Kubur PALAPES UTM Digali Semula

Mahkamah Perintah Kubur PALAPES UTM Digali Semula

Oh! Tech

Mahkamah perintag kubur PALAPES UTM, Allahyarham Syamsul Haris akan digali semula.


Bila anak pergi secara tiba-tiba, sudah tentu hati seorang ibu takkan pernah tenang. Itulah yang sedang dilalui Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, yang masih tercari-cari jawapan sebenar di sebalik pemergian anaknya, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, seorang pelatih PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pagi ini, pihak mahkamah telah memutuskan untuk kubur Syamsul Haris digali semula bagi membolehkan bedah siasat kali kedua dilakukan.

Afidavit tambahan dibentangkan…

Menurut peguam keluarga, Datuk Naran Singh, afidavit tambahan itu mengandungi salinan transkrip dan pemacu kilat USB yang membabitkan seorang “individu A” berkait dengan kes ini.

Pada prosiding tersebut, Peguam Kanan Persekutuan, Nurul Huda Mohd Salehuddin hadir mewakili Ketua Polis Negara manakala Pengarah Pendakwaan Selangor, Datin Kalmizah Salleh pula hadir bagi pihak Peguam Negara.

Di luar mahkamah, Ummu Haiman Bee tidak dapat menahan harapan besarnya. Beliau merayu agar mahkamah membenarkan permohonan menggali semula kubur anaknya supaya bedah siasat kali kedua boleh dibuat.

Katanya, hanya dengan cara itu beliau mampu mengetahui punca sebenar kematian anak lelakinya yang ketika itu baru berusia 22 tahun.

Latar belakang kes pelatih PALAPES UTM…

Permohonan itu difailkan pada 19 Ogos lalu bagi membolehkan bedah siasat semula dijalankan serta mencadangkan supaya prosiding inkues dimulakan.

Syamsul Haris dilaporkan meninggal dunia pada 28 Julai lalu di Hospital Kota Tinggi ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Imunisasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Ulu Tiram, Johor.

Jenazahnya telah dikebumikan sehari kemudian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Riching Ulu, Selangor.

Pssttt! Kehilangan orang tersayang memang perit, apatah lagi bila punca kematian penuh tanda tanya. Sebagai manusia biasa, kita memang berhak mencari kebenaran demi ketenangan jiwa.

Kredit: Malaysiagazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top