Oh! Artis
Mahkamah beri hak penjagaan penuh anak Hafidz Roshdi kepada bekas isterinya, Nurul Shuhada.
Kisah rumah tangga pelakon terkenal, Hafidz Roshdi sekali lagi jadi bualan bila Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan hak penjagaan penuh dua anaknya diberikan kepada bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Dua cahaya mata pasangan ini iaitu Humairah, 8 tahun, dan Umar, 5 tahun, secara rasmi diletakkan di bawah jagaan penuh ibu kandung mereka.
Hakim Syarie, Zalinah Said, membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak dalam prosiding berkenaan.
Hafidz Roshdi tetap ada hak lawatan…
Walaupun hak penjagaan penuh diberi kepada Shuhada, mahkamah tetap membenarkan Hafidz untuk melawat serta bermalam bersama anak-anak sepanjang tempoh cuti persekolahan.
Ini bermaksud Hafidz masih ada ruang untuk meluangkan masa dengan mereka walaupun tidak mendapat hak penjagaan penuh.
Hafidz akui kecewa tak dapat hak jagaan penuh…
Dalam satu kenyataan, Hafidz tidak menolak rasa kecewa dengan keputusan itu. Katanya, beliau berharap dapat hak penjagaan kekal, namun tetap menghormati ketetapan mahkamah.
Saya harapkan benda lain (hadanah penuh) dapat hak penjagaan kekal jadi saya sangat kecewa tapi saya menghormati keputusan mahkamah.
Saya harap dapat jumpa anak saya dalam masa terdekat seperti ketetapan mahkamah…saya sangat-sangat rindu pada mereka. – Hafidz Roshdi
Kes ini menarik perhatian ramai kerana melibatkan selebriti popular. Tambahan pula, konflik rumah tangga antara Hafidz dan Shuhada sebelum ini pernah tular dan berakhir dengan penceraian. Keputusan terbaru ini sekaligus menamatkan persoalan tentang siapa yang akan menjaga dua anak kecil mereka.
Pssttt! Kadang-kadang dalam hal rumah tangga, yang jadi mangsa ialah anak-anak kecil. Bila dah masuk ke mahkamah, keputusan bukan lagi soal hati, tapi soal masa depan anak-anak. Apa pun berlaku, korang yang melalui situasi sebegini, cuba letakkan kepentingan anak di tempat paling utama.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




