Mahu Individu Yang Fitnah Dikenal Pasti, Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang! | Oh! Media

Mahu Individu Yang Fitnah Dikenal Pasti, Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang! | Oh! Media

Usahawan dan pempengaruh, Ridzuan Ridzokumura tidak akan berdiam diri terhadap fitnah yang disebarkan mengenai keluarganya dan kematian isterinya, Allahyarham Akiko Okimura.

Menurut laporan mStar, peguamnya iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan bahawa mereka kini dalam proses mengenal pasti individu yang terlibat sebelum mengambil tindakan tegas.

Ia merupakan tindakan kepada netizen yang fitnah dia. Sekarang ini dalam proses kenal pasti netizen berkaitan.

Ridzokumura mahu tindakan tegas diambil

Ridzuan akan mengambil tindakan yang melibatkan saman sivil, laporan kepada pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Minta jangan cakap buruk mengenai keluarga

Ridzuan sendiri berkongsi pertemuannya dengan peguam menerusi Instastory dan menegaskan dia tidak akan berkompromi dalam isu ini.

Sesiapa yang membuat fitnah ke atas saya, Sky (anak) dan arwah, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang.

Bukan tu jer, dia juga meminta orang ramai menjaga tutur kata mereka kerana hanya dia dan anaknya tahu kesedihan kehilangan Akiko.

#ApaKataOhmedia

Berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu berita zaman sekarang ni. Jangan mudah percaya atau menyebarkan spekulasi kerana ia boleh mengundang fitnah dan kesan undang-undang. Hormatilah privasi dan perasaan mereka yang sedang berduka.


Scroll to Top