Setiap kali tiba bulan Ramadan, orang ramai berlumba-lumba bagi melakukan amal jariah untuk memperoleh pahala yang akan dihitung pada Hari Kiamat.
Bagaimanapun, tidak semua individu membuat kebajikan secara tersembunyi. Terdapat juga segelintir menghebohkan perkara itu di media sosial supaya boleh menjadi ikutan ramai.
Sama seperti dilakukan seorang pemuda ini apabila menyatakan hasrat untuk menderma sebanyak RM1,000 kepada 10 pengikut bertuah menerusi akaun TikTok miliknya.
Niat nak bantu orang tu dah betul, tapi
cara ni tak betul bro. Amende sia
baling2 duit macam ni, bulan puasa ni
mat. pic.twitter.com/I3ef4mUwKm— keem (@AkeemSharyzal) April 3, 2022
Namun, cara disampaikan pemuda tersebut kurang disenangi netizen apabila dilihat membaling sejumlah kepingan RM50 yang dibawa keluar dari satu beg sebelum wang ringgit berkenaan ‘bersepah’ di sekelilingnya.
“Niat nak bantu orang tu dah betul, tapi cara ni tak betul bro. Apa benda baling2 duit macam ni, bulan puasa ni mat,” tulis seorang pengguna laman Twitter, Akeem Sharyzal.
Akeem memuat naik semula video TikTok berdurasi 27 saat milik pemuda itu di Twitter sehingga menerima 78,700 tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang turut meluahkan pendapat sama.
Rata-rata mendakwa pemuda berkenaan sekadar mahu meraih perhatian warganet kerana cara seperti itu seolah-olah sudah sinonim dengan segelintir ‘geng pelaburan’.
Sumber: Twitter @akeemsharyzal