MAIS cakna nasib mangsa paip gas Putra Heights

MAIS cakna nasib mangsa paip gas Putra Heights

am@hmetro.com.my

Subang Jaya: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan bantuan keseluruhan bernilai RM57,876 kepada 234 mangsa yang terkesan akibat insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights, 1 April lalu.

Sebanyak RM35,076 daripada nilai itu diperuntukkan bagi bantuan kotak makanan kering dan RM22,800 bagi Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar.

Pengerusi Mais, Datuk Salehuddin Saidin berkata, seramai 158 ketua keluarga menerima bantuan kotak makanan kering bernilai RM220.

Katanya, 76 pelajar sekolah pula menerima bantuan Agihan Fidyah Wang Saku Pelajar membabitkan bantuan tunai RM300 bagi setiap orang.

“Setiap ketua keluarga menerima kotak makanan kering berupa beras, gula,minyak masak,tepung gandum, susu, bihun, kicap, sos, biskut, makanan dalam tin dan minuman coklat.

“Sumbangan bantuan menggunakan peruntukan wang Fidyah Mais bertujuan membantu meringankan tekanan dan kesulitan dihadapi mangsa terbabit termasuk pelajar yang terkesan dan sebagai persediaan masuk ke rumah sewa,” katanya sempena majlis penyampaian bantuan berkenaan di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini.

Beliau berkata, Mais berharap sumbangan yang diterima sedikit sebanyak dapat memastikan mangsa menerima makanan mencukupi serta meringankan kos perbelanjaan masuk ke rumah sewa.

Orang ramai yang ingin membuat bayaran dan taksiran fidyah boleh melayari laman web Mais di www.mais.gov.my atau bayaran boleh

dibuat terus menerusi https://www.mais.gov.my/kalkulator-fidyah-puasa/.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top