Trending
Kesuma gesa majikan beri kelonggaran cuti tambahan Aidilfitri kepada pekerja bagi menyokong keseimbangan kerja dan kehidupan.
Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menyeru majikan agar mempertimbangkan pemberian kelonggaran cuti kepada pekerja selaras dengan pengumuman cuti tambahan Aidilfitri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut laporan Kosmo, Kesuma berkata langkah ini selaras dengan amalan pekerjaan yang lebih prihatin serta menyokong keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.
Cuti tambahan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369] yang memperuntukkan kuasa kepada kerajaan untuk mengisytiharkan hari kelepasan am.
Pekerja swasta turut tertakluk kepada Akta Kerja

Dalam kenyataan sama, Kesuma menjelaskan bahawa cuti yang diisytiharkan itu terpakai kepada pekerja sektor swasta berdasarkan Seksyen 60D Akta Kerja 1955 [Akta 265].
Bagaimanapun, majikan mempunyai pilihan untuk menggantikan hari kelepasan am tersebut dengan hari lain sebagai cuti am bergaji kepada pekerja.
Majikan hendaklah memaklumkan kepada pekerja berhubung pengaturan cuti tambahan tersebut sama ada diberikan pada tarikh diisytiharkan atau digantikan dengan hari lain yang sesuai.
Kesuma turut mengingatkan bahawa sekiranya pekerja perlu bekerja pada hari kelepasan am yang diisytiharkan, mereka layak menerima kadar bayaran khas seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955.
Cuti tambahan bergantung tarikh Aidilfitri

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa kerajaan akan memberi cuti umum tambahan bergantung kepada tarikh Aidilfitri:
- Jika Aidilfitri jatuh pada Jumaat (20 Mac) → Isnin (23 Mac) diisytiharkan cuti tambahan.
- Jika Aidilfitri jatuh pada Sabtu → Jumaat akan menjadi cuti tambahan.
Kesuma berharap langkah ini dapat memberi peluang kepada pekerja untuk meraikan Aidilfitri bersama keluarga dalam suasana harmoni dan sejahtera.
Kredit: Kosmo
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




