Majlis Bandaraya Ipoh terima bantuan barangan kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Ipoh: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima sumbangan 400 kotak atau 20,000 keping pelitup muka daripada Scientex Quatari Sdn. Bhd, hari ini.

Dalam satu kenyataan MBI memamklumkan turut disumbangkan syarikat berkenaan adalah 30 botol cecair pembasmi kuman dan 10 kotak air mineral.

Katanya sumbagan tersebut sebagai usaha membantu MBI menangani penularan COVID-19 dalam kawasan bandaraya ini.

Katanya acara penyerahan sumbagan disempurnakan antara Ketua Pegawai Operasi Scientex Quatari Sdn. Bhd, Datuk Alex Khaw, Ketua Pegawai Operasi Scientex Quatari Sdn. Bhd dengan Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin, pagi tadi.

Menurut Rumaizi, barangan tajaan tersebut akan dapat membantu pihak MBI dalam usaha untuk membasmi penularan jangkitan kuman COVID-19 di Bandaraya Ipoh.

“Beliau juga berharap agar lebih banyak agensi swasta yang akan menyumbangkan barangan kesihatan seumpama ini kepada pihak MBI bagi memastikan Bandaraya Ipoh sentiasa bersih dan terhindar dari wabak itu

“Semoga kerjasama berpasukan antara pihak MBI dan Scientex Quatari Sdn. Bhd akan menjadi pemangkin untuk menjadikan Ipoh Bandaraya yang Bersih, Hijau dan Maju,” katanya lagi.

Scientex adalah salah satu pengeluar filem regangan teratas dan pemain terkemuka dalam industri pembungkusan plastik yang fleksibel, serta pemaju rumah mampu milik berkualiti di Malaysia.

Nama Scientex juga berkembang sebagai pemaju hartanah ternama rumah mampu milik berkualiti di Malaysia. Dengan tanah melebihi 5,700 ekar yang terbentang dari selatan hingga utara Semenanjung Malaysia, Scientex dengan bangga telah menyelesaikan lebih daripada 21,000 rumah mampu milik sehingga kini, memberikan akses yang lebih besar kepada pemilikan rumah bagi rakyat Malaysia.

Selain hartanah Scientex mengeluarkan produk pembungkusan plastik fleksibel berlapis Scientex memberikan pelbagai faedah seperti perlindungan, kemudahan, kebersihan dan keselamatan, dan pengurangan pembaziran makanan.

Malay News
Farah Fauzi