Baru-baru ini, tular di media sosial potongan video menunjukkan suasana di majlis selawat yang diadakan di Merbok, Kedah.
BACA: Toyota Alphard Imam Firdaus Firabib Dicuri Di Hotel Ipoh
Dalam video itu, terselit lagu remix Dua Lipa dan Bollywood membuatkan netizen kurang senang. Katanya, majlis selawat yang mulia tidak sepatutnya dicemari dengan unsur sebegitu.
Majlis selawat dicemari dengan lagu Dua Lipa
Tampil memberi respons kepada video viral itu, Imam atau Pengerusi Masjid Al Busyra Merbok, iaitu Firdaus Firabib tampil memohon maaf secara terbuka.
Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook, beliau dengan rendah diri memohon ampun kepada Allah serta kepada sesiapa yang tidak senang dengan adegan yang berlaku dalam majlis tersebut.
“Saya tak akan ulangi kesilapan ini lagi”

Beliau memohon ampun kepada Allah SWT dan menerima teguran orang ramai dengan baik. Beliau tidak mahu mempertahankan diri walaupun boleh memberi pelbagai alasan.
Dalam masa yang sama, beliau juga memaafkan semua yang mencaci serta menghina dirinya dalam ruangan komen dan media sosial.
Sebagai langkah menebus kesilapan, Firdaus turut berjanji akan menyumbangkan lima ekor lembu kepada lima tempat berasingan yang akan meraikan majlis Mawlid akan datang.
Pssttt! Kita semua tidak lari daripada melakukan kesilapan, namun yang penting ialah keinsafan dan usaha untuk memperbaiki diri. Moga tindakan ini menjadi contoh buat yang lain.
Kredit: Facebook Firdaus Firabib
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.