Anak kepada usahawan Dato’ Seri Vida, Cik B mengakui sedar akan kritikan serta kecaman netizen terhadap penampilan dirinya.
Menerusi temubual dalam segmen Gempak, Lancang Bethol Cik B meluahkan perasaannya mengenai segala kecaman dan kritikan yang diterima daripada netizen.
Menurut bintang Muzikal Lawak Superstar 2 itu, dia tidak kisah jika komen negatif tersebut ditujukan kepada dirinya namun bimbang tentang penerimaan ibunya.
“Saya malulah kalau kena kecam ni, bukan malu dekat diri sendiri tetapi rasa malu kalau mak saya tengok.
“Rasa macam kesian la kalau mak saya tengok komen orang cakap pasal saya. Apa perasaan sebagai mama jadi mak saya?
“Mak saya mestilah dia akan terasa hati sebab saya ini anak dia,” luahnya.
Selain itu, Cik B mendoakan ‘haters’ dan orang-orang yang sering mengecam dirinya agar berjaya dalam hidup dan tidak membenci dirinya lagi.
“Saya pun tak tahulah apa silap saya, untuk anda tak suka saya. Tapi saya harap korang semua berjaya dalam hidup dan takde rasa benci terhadap saya. Kalau tak boleh berhenti, cuba berhenti perlahan-lahan,” jelasnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada pemilik nama Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin itu.
Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan Cik B sebagai seorang yang matang dari segi cara percakapannya.
Sumber: Instagram Astro Gempak