Hidangan ikonik yang berjaya menawan hati semua yang telah mencubanya. Nasi lemak menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Mudah didapati di mana-mana negeri dan menjadi makanan pilihan tak mengira waktu, Bagi mereka yang sudah mencubanya.
Oleh kerana mendapat sambutan yang begitu baik dan tempat di hati rakyat Malaysia, Nasi Lemak sememangnya antara hidangan yang diagung-agungkan sehingga mereka di luar negara turut mengenalinya. Walaupun enak, ada juga beberapa individu yang tidak akan menggemarinya. Mungkin mereka dikalangan pengamal diet sihat, sudah pastinya jumlah kalori menjadi penghalang.
ARTIKEL BERKAITAN: Sarapan Pagi Nak Makan Nasi Lemak? Tiada Masalah…Boleh Ikut Saranan ‘Fitness Instructor’ Ini
Tetap sihat
Hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat,protein,lemak lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak? Takut bukan
Nah, HIJABISTA kongsi resepi nasi lemak paling sihat untuk mereka pengamal diet yang masih teringin menikmati rasa hidangan nasi lemak.
Nasi Lemak Oat
BAHAN A:
- 1 cawan Oat
- 1 cawan Susu oat
- ½ cawan Santan (Santan super light)
- Sehelai Daun padan
- Garam
BAHAN B:
- Timun
- Ikan iblis
- Kacang
- Telur puyuh
- Sambal nasi lemak
- Bawang goreng (pilihan)
ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hadiahkan’ Emak Untung Jual Nasi Lemak RM1, Tindakan Gadis Ini Cuit Hati Netizen –…
Cara menyediakan:
- Masukkan oat dalam bekas yang bertutup.
2. Susun kepingan timun keliling bekas.
3. Kemudian campurkan susu oat dan santan, kacau sehingga sebati. Masukkan juga secubit garam dan ramas daun pandan rendam bersama-sama.
4. Masukkan adunan susu oat dan santan ke dalam bekas yang mengandungi oat.
5. Biarkan ianya semalaman di dalam peti sejuk, supaya oat akan sebati dengan adunan dan mengembang seperti nasi yang dimasak. Boleh dimakan keesokan hari!
Sama sahaja nasi lemak biasa, bezanya nasi lemak ini menggantikan oat sebagai nasi dan santan kurang lemak. Resepi ini dicipta oleh Chef Brian dalam sesi temubual bersama Hijabista ketika majlis berbuka puasa bersama IKEA, Chef Bryan menekankan supaya kita harus tetap menjaga keseimbangan pemakanan walaupun berpuasa. Nah anda yang berhajat makan nasi lemak di bulan puasa jangan takut untuk mencuba, Rasanya memang enak. Selamat mencuba!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.