Pelakon Sharifah Sakinah akhirnya lebih terbuka berkongsi foto bersama jejaka dipercayai suaminya apabila hadir bersama pada sebuah acara jam tangan mewah jenama antarabangsa, Patek Phillippe baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sakinah hadir dengan busana berona biru gelap rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam bersama Cyril Kongo seorang pelukis grafiti terkenal Perancis.
“Zero bought followers. Zero content strategy. 100% premium family fun,” tulisnya pada kapsyen berkenaan.
Malah, menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story (IGS) pula, Sakinah sempat memaklumkan, suaminya itu sering ‘membuli’nya.

Sebelum ini, suami kepada aktres itu pernah memuat naik foto beserta ucapan sempena hari kelahiran Sakinah menerusi hantaran di IGS miliknya.
@duniaartismalaysia Pelukis Terkenal, Suami Sharifah Sakinah Akhirnya, terjawab sudah siapalah suami Sharifah Sakinah. Sebenarnya, admin sudah tahu lama siapa suami Sharifah Sakinah ini, cuma ‘team’ kami perlu simpan sebagai rahsia. Kami perlu menghormati ‘privacy’ orang lain. Pasti bersebab empunya badan tidak mahu berkongsi siapa suaminya. Terdahulu, dalam satu temubual selepas dia berkahwin, pihak media bertanya kepadanya dengan siapa dia berkahwin, Sakinah memaklumkan kepada media, biarlah rahsia. Ada sebab suaminya tidak mahu dedahkan identitinya. Apabila, suami Sakinah sendiri iaitu Cyril Kongo sendiri, perkenalkan Sakinah di ‘insta stories’, miliknya, maka admin juga berani untuk kongsikan kepada umum mengenai berita ini. Dalam perkongsian tersebut, suami Sharifah Sakinah telah memberi ucapan kepadanya di ‘insta stories’ miliknya, dengan ucapan, “Happy birthday sayang🫶❤️🙏💐🪐💫🌹🌺🪻🥀🌸🌞🍄” di gambar pertama. Pada gambar kedua, suami Sakinah telah berkongsi menulis ucapan, “Joyeux anniversaire sayang 🌞🌻🌼🌸🌹❤️🫶”. Manakala pada gambar perkongsian ketiga, Cyril Kongo memberi ucapan, “🤪🤪🤪🤪Selamat ulang tahun sayang 🍄🪐💫🌺☀️”. Pada gambar terakhir, suaminya mengucapkan, “Happy Earthstrong my Queeeennnnn🤪❤️🍄✌️”. Kami di Dunia Artis Malaysia juga ingin mengucapkan, “Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired ke-36”. Semoga berbahagia bersama insan tersayang. Dunia Artis Malaysia HQ #sharifahsakinah #sakinah #fypシ゚viralシ #duniaartismalaysia #sharifahsakinah #viral #fypシ゚viralシ #cyrilkongo #fypchallenge #BeritaSemasa #tular #ArtisMalaysia #hangat #ceritaartismalaysia #santai #duniaartis #artiskahwin #artis #artismalaysia #trending #sharifahsakinah #sakinah #bimbo ♬ original sound – Iema Arthie – iema.arthi
Sekadar info, pada April lalu, Sakinah mengesahkan dirinya telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga, minggu lalu.
Namun begitu, Sharifah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired tampil memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suami barunya itu.




