Makin Senior, Makin Berbisa! Rosyam Nor, Erra Fazira Syukur Rezeki Melimpah

Makin Senior, Makin Berbisa! Rosyam Nor, Erra Fazira Syukur Rezeki Melimpah

Dalam usia karier yang semakin matang, Datuk Rosyam Nor dan Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana permintaan terhadap mereka masih kuat.

Pernah bergandingan dalam skrin sebagai hero dan heroin dalam filem Janji Diana pada 2003, kini mereka bergandingan dalam podcast Hitam Putih Kehidupan selaku hos.

ARTIKEL BERKAITAN: Raih Trofi Selebriti Viral Terhangat AMT 2025, Impak Watak Ketap Bibir Dalam ‘Keluarga Itu’ Julang Nama Rosyam Nor

Terbaharu, Rosyam dan Erra dillantik sebagai duta kepada jenama gas ACGAS untuk tahun 2026.

“Alhamdulillah, saya sangat besyukur dalam usia menjangkau 59 tahun pada 1 Mac ini, jenama Rosyam Nor masih kuat. Tahun ini, saya mendapat banyak tawaran untuk menjadi wajah produk, kini ada 10 jenama.

“Kini, saya bergelar duta jenama bersama Erra dan sangat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Bermula dalam gandingan kami di podcast, jenama ini nampak gandingan serasi kami dan melantik kami menjadi wajah mereka,” katanya.

Menurut Erra pula, dia sangat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan dan dalam masa yang sama, dia banyak belajar dari Rosyam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Hanya Sekali Lafaz, Erra Fazira Selamat Bergelar Isteri Mr. E… Terima Sepokok Bunga Emas 102 Gram Sebagai Mas Kahwin

“Alhamdulillah, ada yang cakap ini rezeki selepas berumah tangga. Pada masa sama, rezeki dari Rosyam. Bermula dari podcast Hitam Putih Kehidupan yang dikendalikan saya bersama Rosyam, dari situ jenama nampak kami berdua.

“Saya selalu belajar dari Rosyam yang lebih senior dari saya, banyak benda saya belajar. Saya selalu bagi tahu dekat dia, sila ajar saya bagaimana mahu menjadi seperti dia. Rosyam tak lokek ilmu dan rezeki dikongsi bersama,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ACGAS, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman berkata pelantikan dua ikon industri hiburan itu bertujuan mendekatkan jenama dengan pengguna serta meningkatkan kesedaran tentang silinder LPG komposit yang lebih ringan, tidak berkarat dan selamat digunakan.

ACGAS turut mempergiat inovasi melalui pendigitalan perkhidmatan, termasuk aplikasi mudah alih untuk pembelian dan pengurusan bekalan gas, selain memperkenalkan penggunaan silinder komposit dalam sektor komersial. Setiap silinder juga dilengkapi teknologi IoT dan RFID bagi pemantauan inventori serta pengedaran secara masa nyata.

Scroll to Top