Malaysia Airlines Turut Hadkan Penggunaan Powerbank Bermula 1 April 2025! | Oh! Media

Malaysia Airlines Turut Hadkan Penggunaan Powerbank Bermula 1 April 2025! | Oh! Media

Malaysia Airlines telah mengeluarkan peringatan penting kepada semua penumpang mengenai peraturan baharu penggunaan powerbank dalam penerbangan mereka, termasuk Malaysia Airlines, Firefly dan MASwings.

Menurut laporan Amanz, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua powerbank dengan kapasiti antara 100 hingga 160Wh bermula 1 April 2025.

Powerbank tidak boleh disimpan dalam bagasi

Bukan tu jer, powerbank yang dibawa itu perlu sentiasa berada bersama penumpang sepanjang penerbangan dan tidak boleh disimpan di dalam beg kabin atau bagasi.

Langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan penerbangan serta mengurangkan risiko kebakaran yang berpunca daripada peranti elektronik.

Peraturan sama dikuatkuasakan di penerbangan lain

Power bank Singapore Airlines

Sebelum ini, Singapore Airlines turut mengumumkan bahawa penumpang tidak dibenarkan menggunakan powerbank dalam penerbangan mereka bermula 1 April 2025. Walau bagaimanapun, penumpang masih boleh membawanya ke dalam kabin.

Peraturan ini diperkenalkan susulan insiden kebakaran dalam penerbangan Air Busan yang berpunca daripada powerbank.

#ApaKataOhmedia

Bagi mereka yang sering membawa powerbank semasa penerbangan, pastikan anda mematuhi peraturan baharu ini agar perjalanan anda berjalan lancar tanpa sebarang masalah!


Scroll to Top