mohd_iskandar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Pelbagai sumbangan diterima terutama membabitkan peralatan perubatan dan vaksin membuktikan Malaysia bukan negara gagal dalam menangani pandemik COVID-19 seperti didakwa segelintir pihak.
Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata negara ini sebaliknya diiktiraf dan diberi penghargaan oleh pelbagai pihak luar sejak beberapa bulan lalu.
“Jika benar kita negara gagal, saya tidak rasa kita akan diberi pengiktirafan dan penghargaan.
“Buktinya, kita boleh lihat pelbagai sumbangan dari negara luar diberikan kepada Malaysia terutama membabitkan sumbangan vaksin,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sumbangan Perubatan COVID-19 daripada Arab Saudi di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini hari ini.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




