Malaysia dapat dua slot automatik di pentas Asia

Malaysia dapat dua slot automatik di pentas Asia
Malaysia dapat dua slot automatik di pentas Asia

DUA pasukan Liga Malaysia (Liga M) disahkan bakal beraksi di pentas Asia untuk saingan musim 2026/2027 selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberikan dua slot automatik buat wakil negara.

Menerusi perkembangan terkini itu, Malaysia bakal menerima satu slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan satu slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).

Pencapaian membanggakan ini didorong oleh kedudukan Ranking Ahli Persatuan (MA) AFC yang menyaksikan Malaysia kini kukuh menghuni tangga keenam bagi Zon Asia Timur.

Bagi pertengahan musim 2025/2026, Malaysia berjaya mengumpul sejumlah 41.434 mata hasil sumbangan dua wakil negara yang bersaing di pentas Asia musim ini iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC.

Lonjakan ranking ini pastinya didorong oleh aksi cemerlang skuad Harimau Selatan yang beraksi di pentas tertinggi ACLE untuk dua musim berturut-turut.

Lebih manis, JDT bukan sekadar pelengkap jadual apabila berjaya melangkah ke pusingan 16 selepas menduduki tangga keenam peringkat kumpulan, sekali gus menyumbang pungutan mata yang tinggi untuk ranking MA negara.

Walaupun satu lagi wakil negara, Selangor FC terpaksa akur apabila terkandas di peringkat kumpulan ACL2 musim ini, skuad Gergasi Merah itu tetap berjaya menyumbang dengan membantu mengumpul 8.33 mata berharga buat Malaysia.

Ringkasan AI

  • Dua pasukan Liga Malaysia akan beraksi di pentas Asia untuk musim 2026/2027 selepas mendapat dua slot automatik dari AFC
  • Malaysia menerima satu slot automatik ke Liga Juara-Juara Asia Elit dan satu ke Liga Juara-Juara Asia 2
  • Kedudukan Malaysia di Ranking AFC Zon Asia Timur ialah keenam berkat sumbangan dua wakil negara di pentas Asia
  • Johor Darul Ta’zim dan Selangor FC telah mengumpul 41.434 mata untuk Malaysia pada pertengahan musim 2025/2026
  • JDT berjaya ke pusingan 16 ACLE sementara Selangor FC sumbang 8.33 mata meskipun terkandas di peringkat kumpulan ACL2
Scroll to Top