Malaysia diisytihar kalah 3-0 dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027

Malaysia diisytihar kalah 3-0 dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027
Malaysia diisytihar kalah 3-0 dalam dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027

Kemenangan 4-0 ke atas Vietnam pada 10 Jun dibatalkan kerana Malaysia telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak. FOTO: Agensi

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) kini berdepan tekanan besar selepas Jawatankuasa Tatatertib dan Etika Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 yang melibatkan skuad Harimau Malaya diisytihar kalah 3-0.

Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC yang bersidang pada Selasa, 17 Mac 2026 dan dipengerusikan oleh Jahangir Baglari.

Jawatankuasa mendapati FAM telah melanggar Artikel 56 Kod Tatatertib dan Etika AFC kerana menurunkan pemain yang tidak layak dalam pertembungan menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 25 Mac 2025 yang sebelum ini berkesudahan kemenangan 2-0 untuk Malaysia.

Satu lagi perlawanan melibatkan aksi menentang Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 10 Jun 2025 yang sebelum ini berkesudahan 4-0 untuk Malaysia.

Berdasarkan Artikel 25.1 Kod Tatatertib dan Etika AFC, kedua-dua perlawanan itu diisytihar kalah 3-0 dan FAM turut dikenakan denda sebanyak AS$50,000 (RM196,149).

FAM dijangka menghantar permohonan bertulis bagi mendapatkan alasan rasmi keputusan daripada jawatankuasa tersebut sebelum menilai langkah seterusnya.

Keputusan ini dijangka memberi kesan besar kepada persiapan skuad Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2027, terutamanya dalam usaha mereka untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ringkasan AI

  • FAM berdepan tekanan selepas dua perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 diisytihar kalah 3-0
  • Keputusan ini diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC pada 17 Mac 2026
  • FAM didapati melanggar Artikel 56 kerana menurunkan pemain tidak layak menentang Nepal dan Vietnam
  • Kedua-dua perlawanan itu kini diisytihar kalah 3-0 dan FAM dikenakan denda RM196,149
  • Keputusan ini memberi kesan besar kepada persiapan Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia 2027
Scroll to Top