Malaysia hantar skuad terbaik ke BATC 2024

Malaysia hantar skuad terbaik ke BATC 2024

Senarai pemain skuad negara yang menyertai Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 bermula 13 hingga 18 Februari depan.

SKUAD badminton negara menjangkakan saingan lebih sengit dalam misi mempertahankan Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 yang menyingkap tirai bermula 13 hingga 18 Februari depan.

Biarpun begitu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky percaya skuad lelaki diketuai pemain utama perseorangan Lee Zii Jia mampu menghadirkan saingan sengit.

“Kali ini kita hadir dengan barisan pemain terkuat termasuk kehadiran Lee Zii Jia.

“Selain itu, kita harap Ng Tze Yong juga dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di ABM pada Jumaat.

Scroll to Top