Putrajaya: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel di Lubnan yang turut mencederakan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT), semalam.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, menegaskan tindakan rejim Zionis itu tidak boleh diterima sama sekali.
“Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini, membincangkan insiden serangan rejim Zionis Israel yang turut mengakibatkan tentera MALBATT mengalami kecederaan.
“Kerajaan Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam rejim Zionis Israel dan (serangan) ini tidak boleh diterima,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.
Malam tadi, ATM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa enam anggota membabitkan lima daripada MALBATT 850-12 dan seorang lagi MALBATT 850-11 mengalami kecederaan ringan susulan serangan berhampiran Stadium Saida, Lubnan.
Kejadian itu berlaku ketika konvoi MALBATT 850-12 sedang dalam perjalanan dari Beirut ke Kem Marakah.
Serangan itu dilapor menyasarkan kenderaan awam lain yang menuju ke Beirut, namun turut menyebabkan kerosakan pada bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.
Anggota Malbatt alami pelbagai kecederaan ringan
Mindef sahkan anggota Malbatt cedera terkena serpihan letupan di Lubnan
‘Saya berkongsi suami dengan negara’ – Isteri Komander Malbatt
Pasukan Malbatt 850-12 teruskan misi pengaman di Lubnan
Pasukan Malbatt 850-12 bersedia mental, fizikal
© New Straits Times Press (M) Bhd




