Malaysia MADANI pimpinan Anwar berada di landasan tepat capai negara maju – Fadhlina Sidek

Malaysia MADANI pimpinan Anwar berada di landasan tepat capai negara maju – Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyifatkan Malaysia MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berteraskan stabiliti, integriti dan diplomasi kini berada pada landasan tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menurut beliau, kekuatan negara pada ketika ini bertunjangkan kepada kestabilan politik dan keamanan yang dinikmati seluruh rakyat.

Jelasnya, perkara tersebut dapat dibuktikan menerusi momentum baik dan kedudukan kukuh negara dalam Indeks Keamanan Global (GDI) dalam beberapa tahun kebelakangan.

Malaysia MADANI

Malaysia MADANI

“Pengukuhan dan pembudayaan integriti pula menjadi asas pembangunan citra Malaysia MADANI.
“Perdana Menteri sentiasa memberi penekanan khusus kepada tadbir urus dan tatakelola yang baik serta berasaskan nilai-nilai murni,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, semalm.

Artikel lain: Kerajaan terus menentang rasuah demi bina semula kepercayaan rakyat – PM Anwar

Malaysia MADANI

Mengulas kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa, Fadhlina berkata kepimpinan negara terus terserlah apabila berjaya menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan penuh dedikasi dan cemerlang.

“Selain meningkatkan kerjasama antarabangsa dan memastikan kestabilan di rantau ini, Malaysia berjaya menangani cabaran geopolitik semasa yang mencabar menerusi pendekatan diplomasi yang efektif,” ujarnya.

Sumber: Facebook @Fadhlina Sidek

Scroll to Top