Malaysia Melakar Sejarah Sebagai Negara ASEAN Pertama Bina Bandar Wakaf Di Gaza | Oh! Media

Malaysia Melakar Sejarah Sebagai Negara ASEAN Pertama Bina Bandar Wakaf Di Gaza | Oh! Media

Malaysia kini mencipta sejarah sebagai negara ASEAN pertama yang akan membangunkan Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.

Menurut Astro Awani, MAPIM Malaysia menyambut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempercepatkan pembangunan semula Gaza yang terjejas akibat konflik berterusan.

Lambang solidariti Malaysia

Gaza

Projek ini melibatkan pembinaan pelbagai kemudahan penting seperti:

14 Blok Apartmen Wakaf: Mewakili setiap negeri di Malaysia.

Masjid Berkembar Shah Alam & Apartment Selangor: Wakaf daripada Kerajaan Negeri Selangor.

Sekolah Malaysia: Sumbangan daripada Cinta Gaza Malaysia yang diketuai Muhammad Nadir Al-Nuri.

Central Kitchen & Apartment Wakaf: Disumbangkan oleh JAKIM dan Yayasan Wakaf Malaysia (YWM).

Premis Perniagaan: 56 unit di bawah program mikro-kredit.

Hospital, Taman Rekreasi & kemudahan komuniti.

Menelan kos sebanyak RM120 juta

Gaza

Menurut Datuk Sani Araby, Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia yang juga Pengarah Projek Bandar Wakaf Malaysia-Gaza, projek ini bukan sekadar bantuan, tetapi satu model pembangunan wakaf pertama yang mampu dijadikan contoh global.

Projek ini bukan sahaja menyatukan hati rakyat Malaysia merentas bangsa dan agama, tetapi juga membawa kesinambungan usaha kita membina semula Gaza dengan lebih sistematik, tersusun dan mampan.

Dengan tanah wakaf seluas 87 ekar yang dimeterai di Khan Yunis, projek ini dijangka menelan belanja sebanyak RM120 juta. Setakat ini, dana wakaf bernilai RM40 juta telah pun diterima.

MAPIM bersama rakan NGO seperti CGM dan Gagasan MyAqsa Defender akan memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini.

#OhmediaNasihat

Usaha membangunkan Gaza dengan konsep wakaf ini adalah contoh terbaik bagaimana perpaduan rakyat Malaysia mampu membawa perubahan besar di pentas antarabangsa.


Scroll to Top