Oh! Negara
Malaysia pengeluar minyak memberi kelebihan kepada kerajaan kurangkan kesan kenaikan harga minyak dunia.
Setiap kali harga minyak dunia naik, ramai mula risau sebab biasanya kos pengangkutan dan harga barang pun akan ikut naik. Situasi ini sebenarnya berlaku di banyak negara. Lagi-lagi bila perang di Timur Tengah tercetus, ini semua gara-gara anak haram jadah Setanyahu dengan si muka kuning AS tu.
Namun menurut Tengku Zafrul Abdul Aziz, Malaysia ada satu kelebihan kerana kita juga merupakan negara pengeluar minyak yang membantu mengurangkan kesan kenaikan harga minyak dunia kepada rakyat.
Malaysia ada kelebihan sebagai negara pengeluar minyak

Menerusi perkongsian di media sosial, Tengku Zafrul menjelaskan bahawa kenaikan harga minyak global memang memberi kesan kepada kos pengangkutan dan harga barangan di seluruh dunia.
Ya, memang ada kesan apabila harga minyak dunia meningkat. Kos pengangkutan dan barangan di seluruh dunia juga naik. Rakyat akan merasainya tetapi ada satu kelebihan (sebagai pengeluar minyak) yang membantu negara untuk mengurangkan kesan kepada rakyat.- Katanya.
Menurut Tengku Zafrul, Malaysia merekodkan pengeluaran kira-kira 184 juta tong minyak mentah dan kondensat pada tahun lalu.
Pengeluaran ini turut menyumbang kepada pendapatan negara. Malah Petronas juga meluluskan dividen sekitar RM32 bilion bagi tahun kewangan 2025 dan kira kira RM20 bilion pada 2026.
Subsidi petrol masih dikekalkan untuk rakyat

Dalam masa sama, kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter bagi rakyat yang layak melalui inisiatif BUDI95.
Walaupun harga tanpa subsidi lebih tinggi, kerajaan juga melaksanakan subsidi bersasar supaya bantuan sampai kepada rakyat yang memerlukan dan mengurangkan ketirisan.- Katanya.
Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa banyak negara hanya menanggung kos lebih tinggi apabila harga minyak dunia meningkat.
Yang penting rakyat faham apabila harga minyak dunia naik, banyak negara hanya menanggung kos yang lebih tinggi. Malaysia berbeza. Kita bukan sekadar membeli minyak, kita juga menghasilkannya. Kekuatan itu kita gunakan untuk melindungi rakyat.- Jelasnya lagi.
Pssttt! Ohmedia harap korang faham bahawa kenaikan harga minyak dunia memang boleh beri kesan kepada banyak perkara dalam kehidupan harian. Tapi sebagai negara pengeluar minyak, kelebihan ini sepatutnya dimanfaatkan sebaik mungkin untuk kurangkan beban rakyat.
Kredit: Tengku Zafrul
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




