Malaysia Raja Regu Asia

Malaysia Raja Regu Asia
Pasukan Malaysia meraikan kejuaraan selepas berjaya menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa pada Khamis. FOTO - SINAR HARIAN - MOHD HALIM ABDUL WAHID

Pasukan Malaysia meraikan kejuaraan selepas berjaya menewaskan Thailand dalam perlawanan akhir acara regu pada Kejohanan ASTAF Sepak Takraw Piala Asia 2025 di Stadium Titiwangsa pada Khamis. FOTO – SINAR HARIAN – MOHD HALIM ABDUL WAHID

GEGAK-GEMPITA sorakan padu peminat mengiringi kejayaan skuad negara untuk menghadiahkan gelaran kedua acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.

Kejayaan tersebut diraih selepas trio negara, Mohammad Syahir Rosdi selaku tekong, Mohamad Azlan Alias (perejam) dan Farhan Adam (pengumpan) menewaskan musuh tradisi, Thailand 2-0 dalam aksi final yang penuh mendebarkan.

No Image Caption

Kemenangan itu diraih selepas pasukan kebangsaan mudah menumpaskan trio lawan yang dibarisi Sittipong Kamchan bertindak sebagai tekong, Varayut Jantarasena (perejam) dan Yodsawat Uthaijaronsri (pengumpan).

Malaysia menerusi variasi servis Syahir diadun rejaman padu Azlan sambil kesilapan trio lawan memastikan set pertama milik negara menerusi kemenangan 15-12.

No Image Caption

Menjengah permainan kedua, Thailand menukar strategi apabila memasukkan Jakkrit Thinbangbon bagi menggantikan Sittipong.

Bagaimanapun pertukaran tersebut tidak menimbulkan rasa gentar trio negara yang terus memperagakan aksi bertenaga untuk mengesahkan kemenangan 15-9 set kedua.

No Image Caption

“Alhamdulillah. Terima kasih kepada penyokong. Momentum positif bermula di peringkat kumpulan dan diakhiri dengan kejuaraan,” ujar Syahir.

No Image Caption

Malaysia pada Isnin muncul juara acara kuadran selepas menumpaskan Jepun 2-0 (15-8, 15-11) dalam perlawanan akhir.

Thailand pula dengan satu kejuaraan selepas mengecewakan skuad negara 2-1 dalam acara double pada Isnin.

No Image Caption

Fokus selepas ini ialah kepada acara regu berpasukan apabila Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B dijadual berdepan Brunei pada jam 9 pagi Jumaat, manakala aksi kedua akan menentang Jepun bermula jam 8 malam.

Saingan penutup tirai peringkat kumpulan pula pada Sabtu menerusi perhitungan dengan Korea Selatan bermula jam 3 petang.

Scroll to Top