Petaling Jaya: Malaysia-Singapura membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, selepas gagal mencapai kata putus susulan tempoh penangguhan yang berakhir semalam.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama hari ini memaklumkan, berikutan penamatan perjanjian HSR itu, kedua-dua negara akur dan patuh kepada tanggungjawab masing-masing.
“Kerajaan Malaysia dan Singapura ingin memaklumkan perkembangan berhubung projek HSR, terutama mengenai tempoh penangguhan yang berakhir 31 Disember 2020.
“Berikutan impak COVID-19 ke atas ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia sudah mencadangkan beberapa perubahan ke atas projek HSR.
“Kedua-dua kerajaan melakukan beberapa perbincangan berhubung perubahan terbabit, namun gagal mencapai kata sepakat. Oleh itu, perjanjian HSR sudah luput pada 31 Disember 2020,” menurut kenyataan itu.- BH Online
Malay News
National Desk