Washington: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi membabitkan beberapa negara, termasuk Malaysia dengan 24 peratus, lapor Bernama.
Menurut Rumah Putih, AS akan memberikan respons terhadap sebarang cubaan untuk mengambil tindak balas terhadap duti yang dikenakan.
Reuters melaporkan Trump pada sidang media di Rumah Putih itu turut menunjukkan kadar baharu yang dikenakan ke atas kebanyakan negara.
Kadar antara 10 peratus hingga 49 peratus pada carta pertama dan sehingga 50 peratus pada carta selepasnya.
Dengan beberapa pengecualian, berdasarkan carta yang dibacakan Trump, kadar tarif yang dikenakan oleh AS ke atas kebanyakan negara adalah kira-kira separuh daripada yang dikenakan oleh negara terbabit.
Terdapat beberapa pengecualian yang mana AS. mengenakan kadar yang tepat yang dikenakan oleh negara terbabit, mengikut carta berkenaan.
“Ini bukan timbal balik penuh, ia adalah timbal balik yang baik,” kata Trump.
Berikut adalah senarai negara yang dikenakan tarif:
Algeria 30%
Oman 10%
Uruguay 10%
Bahamas 10%
Lesotho 50%
Ukraine 10%
Bahrain 10%
Qatar 10%
Mauritius 40%
Fiji 32%
Iceland 10%
Kenya 10%
Liechtenstein 37%
Guyana 38%
Haiti 10%
Bosnia dan Herzegovina 35%
Nigeria 14%
Namibia 21%
Brunei 24%
Bolivia 10%
Panama 10%
Venezuela 15%
Macedonia Utara 33%
Ethiopia 10%
Chana 10%
Tarif timbal balik AS
China 34%
Kesatuan Eropah 20%
Vietnam 46%
Taiwan 32%
Jepun 24%
India 26%
Korea Selatan 25%
Thailand 36%
Switzerland 31%
Indonesia 32%
Malaysia 24%
Kemboja 49%
United Kingdom 10%
Afrika Selatan 30%
Brazil 10%
Bangladesh 37%
Singapura 10%
Israel 17%
Filipina 17%
Chile 10%
Australia 10%
Pakistan 29%
Turkiye 10%
Sri Lanka 44%
Colombia 10%
Tarif timbal balik AS
Peru 10%
Nicaragua 18%
Norway 15%
Costa Rica 10%
Jordan 20%
Republik Dominika 10%
Emiriah Arab Bersatu 10%
New Zealand 10%
Argentina 10%
Ecuador 10%
Guatemala 10%
Honduras 10%
Madagascar 47%
Myanmar 44%
Tunisia 28%
Kazakhstan 27%
Serbia 37%
Mesir 10%
Arab Saudi 10%
El Salvador 10%
Ivory Coast 21%
Laos 48%
Botswana 37%
Trinidad and Tobago 10%
Maghribi 10%
TRUMP UMUM TARIF KEPADA SEMUA NEGARA TERMASUK MALAYSIA PADA 24 PERATUS
(Menambah maklumat baharu bermula perenggan lima)
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) – Presiden Donald Trump semalam mengumumkan Amerika Syarikat (AS) akan memperkenalkan tarif asas sebanyak 10 peratus kepada semua negara dan duti yang lebih tinggi melibatkan beberapa negara termasuk Malaysia sebanyak 24 peratus.
Langkah ini boleh menyebabkan ekuiti Asia berada dalam tekanan apabila pasaran kewangan dibuka pada Khamis.
“Walaupun ini menyebabkan peningkatan awal di peringkat global, sentimen di Asia dijangka menyusut apabila pasaran menilai tarif lebih tinggi yang tertumpu kepada negara tertentu termasuk China, yang berdepan 34 peratus tarif ke atas import dan 24 peratus duti Jepun.
“Vietnam dan Kemboja mengalami tarif yang lebih tinggi, masing-masing pada 46 peratus dan 49 peratus,” kata pelabur dan penganalisis makro global ActivTrades Anderson Alves dalam komentar pasaran.
Alves berkata persekitaran enggan mengambil risiko yang meluas dijangka berlaku di pasaran Asia pada Khamis, dengan dolar AS diunjur mengatasi mata wang serantau.
Sektor teknologi dan semikonduktor dijangka mencerminkan penurunan yang berlaku di pasaran AS, dengan indeks Nasdaq berteknologi tinggi mengakhiri peningkatan awal apabila ditutup tiga peratus lebih rendah.
“Operator pasaran akan memantau dengan teliti reaksi China terhadap tarif AS yang diumumkan. Sebahagiannya menjangkakan China akan mengurangkan pelaburan di AS untuk memperkukuh kedudukan rundingannya dalam rundingan perdagangan AS,” katanya.
Menurut Rumah Putih, AS akan memberikan respons terhadap sebarang cubaan untuk mengambil tindak balas terhadap duti yang dikenakan.
Katanya pergelutan perdagangan mungkin menjadi pemacu utama bagi pasaran hari ini dan sepanjang minggu ini.
– BERNAMA
TAG: Donald Trump, Amerika Syarikat, tarif
© New Straits Times Press (M) Bhd