mohd_iskandar@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia dan Thailand bersetuju untuk berbincang di peringkat agensi bagi membuka semula sempadan antara kedua-dua negara dalam tempoh terdekat.
Perdana Menteri berkata, perbincangan itu membabitkan pembukaan sempadan melalui skim Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bagi Malaysia dan Test & Go bagi Thailand.
“Berkaitan pembukaan semula sempadan, saya dan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berbincang mengenai keperluan untuk membenarkan semula aktiviti rentas sempadan di antara kedua-dua negara.
“Sebagai permulaan, kita boleh melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang lengkap vaksinasi. Kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi yang lain pada masa akan datang,” katanya pada sidang media di Bangkok, hari ini.
Berita lanjut menyusul.
© New Straits Times Press (M) Bhd




