Malaysia tutup kempen enam terbaik di Oman

Malaysia tutup kempen enam terbaik di Oman

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Uruguay dalam aksi penentuan kedudukan kelima dan keenam pada Sabtu. Foto: FIH Hockey

SKUAD hoki lima sebelah (5s) wanita negara menutup kempen Kejohanan Hoki 5s Piala Dunia 2024 di Muscat, Oman di kedudukan keenam selepas tewas 4-8 kepada Uruguay dalam aksi penentuan kedudukan kelima dan keenam

Empat gol skuad negara disumbangkan dua daripadanya menerusi gol Zati Alyani Muhamad Zubir sementara Nur Zafirah Aziz yang menyumbang enam gol secara keseluruhan serta Nurul Safiqah Mat Isa, masing-masing menjaringkan satu gol pada perlawanan yang semua gol padang.

Sementara itu, pengendali skuad hoki 5s negara, Nabil Fikri Mohd Noor, menyifatkan walaupun tewas 4-8, namun pemain telah memberikan satu persembahan yang baik serta memberikan satu tentangan hebat kepada Uruguay.

“Kami perlu menerima bahawa perlawanan terakhir ini, pasukan Uruguay lebih mendominasi permainan dan menggunakan peluang yang mereka miliki untuk meraih kemenangan.

Scroll to Top