am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Walaupun berada ribuan kilometer (km) jauh dari negara, Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang kini sedang melaksanakan misi pengaman di Lubnan tetap bersemangat meraikan Hari Malaysia ke-62 dengan penganjuran Fun Run sejauh 10 km.
MALBATT 850-12 dalam kenyataan berkata, program berkenaan diadakan bagi menyemarakkan semangat patriotisme sekali gus mengekalkan kecergasan warga pasukan walaupun berada jauh dari tanah air.
Menurutnya, majlis pelepasan larian disempurnakan oleh Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh yang turut bersama pegawai serta anggota dalam acara itu.
“Penyertaan terdiri daripada pelbagai peringkat menunjukkan kekuatan dan semangat kebersamaan warga pasukan.
“Fun Run ini bukan sekadar aktiviti kecergasan, malah menjadi simbolik kecintaan warga MALBATT terhadap tanah air serta bukti kesungguhan mereka untuk terus kekal berdisiplin dan bersemangat dalam melaksanakan misi keamanan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd



